Resepi Spaghetti Aglio Olio Versi Tekak Orang Melayu Yang Memang Tak Menghampakan.
![]() |
Spaghetti Aglio Olio |
Resepi Spaghetti Aglio Olio Versi Tekak Orang Melayu Yang Memang Tak Menghampakan | Bertemu lagi kita di blog ini. Harap harap semuanya dalam keadaan yang sentiasa tenang dan dalam lindungan Rahmat Dari NYA.
Kali ni sis nak kongsikan satu resepi dari Itali yang popular dan tak pernah tak sedap. Resepi Spaghetti Aglio Olio ni asal nya bawang putih dan juga minyak zaitun. Tapi disebabkan kat rumah takde minyak zaitun kita pakai minyak biasa pun oklah. Rasa nya pun sedap dan dah ke arah tekak Orang Melayu.
Resepi nye simple nampak macam banyak bahan tapi penyediaan nya mudah macam goreng mee biasa juga. Hanya perlu di goreng semua bahan. Pertama kali sis pernah buat spaghetti Aglio Olio ni tapi dah bertahun lama dah , masa tu anak anak kecil lagi masing masing tak pandai nak makan sudahnya sis ngan husband je yang makan memang banyaklah lebihnya.
Yang kali ni masak anak anak dah bertambah, lepas tu masing masing dah besar dia orang memang cukup suka dengan spaghetti ni. Bertambah tambah makan. Memang memuji kesedapan rasa spagheeti ni. Bagi lah rasa jiran sebelah sikit, anak anak nya pun puji sedap. Alhamdulillah. Kita kongsi rasa sama sama.
So, jom sama sama semak bahan yang diperlukan. Untuk chilli flakes kalau taknak pedas takyah letak. Tapi macam tak "kick" pula kalau tak pedas. Tekak melayu katakan.
Bahan-Bahan:
500 gram spaghetti
(1 paket pakai yang angle hair - yang jenis halus)
1/2 mangkuk kecil minyak zaitun(sis guna minyak biase je)
5 ulas bawang putih, di tumbuk halus
1/2 biji bawang besar Holland,di potong dadu kecil
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 mangkuk udang di buang kulit
1 mangkuk sotong
capsicum hijau, nak tambah yang merah pun boleh
tomato kecil, di potong 2
1 sudu besar daun parsley kering
1 - 2 sudu besar Oregano
Keju parmesan (optional)
Cara Penyediaan:
1. Rebus dahulu spaghetti dan toskan. Masukkan sedikit minyak ketika merebus spaghetti supaya tak lekat bila dah sejuk.
2. Panaskan minyak/minyak zaitun kemudian tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
3. Bila sudah agak kekuningan dan layu, masukkan pula serbuk lada hitam, chilli flakes, oregano.
4. Kacau rata semua bahan.
5. Kemudian masukkan pula udang dan sotong.
6. Bila air udang dan sotong dah keluar boleh masukkan pula capsicum dan tomato.
7. Boleh juga tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
8. Selepas dah rata masukkan spaghetti dan kacau lagi hingga rata.
9. Tabur rata daun parsley dan juga keju parmesan.
10. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.
11. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.
Sekian, selamat mencuba!
Pastinya dapat menarik minat anak anak isi udang dan sotong boleh je kalau nak gantikan dengan ayam. Kalau ada yang elergik seafood tukar kepada ayam.
Boleh tonton video penuh di sini :-
0 comments