Syok Mandi Air Panas di KSL HOTSPRING RESORT, Taman Daya Johor Bahru | Bila En Husband busy kerja, sampai ke weekend pun tak boleh nak balik maka kami anak beranak lah yang kena stay kat Johor Bahru.Dekat sikit dengan site dan boleh anak anak jumpa ayahnya.
Kluang dengan Johor Bahru taklah jauh mana tapi kalau kena ulang alik mau patah pinggang drive.Maka carilah tempat yang boleh kami stay sambil santai santai jumpalah KSL HOTSPRING RESORT ni.
Nak stay lebih dua malam maka kena cari bajet yang bersesuaian.Harga disini sangat affordable.Tak mahal dan tak lah terlalu murah.Harga yang berbaloi.
![]() |
Lobby KSL HOTSPRING RESORT |
Ksl Hotspring Resort |
Ksl Hotspring Resort ni baru je launch dalam bulan Julai 2018.Tempat baru mestilah cantik dan kemudahan pun lengkap.Hotel yang berbeza daripada KSL HOTEL RESORT JB.
Yang di KSL HOTEL RESORT JB tu ada theme park untuk anak anak boleh baca yang ni
Ksl Resort Hotel Johor Bahru dengan Taman Tema Yang 'Cool' Untuk Anak Anak
Ksl Resort Hotel Johor Bahru dengan Taman Tema Yang 'Cool' Untuk Anak Anak
Apa yang best di KSL Hotspring Resort ni ada spa dan juga kolam mandi air panas.Kira yang lain sikit dari hotel biasa.Nak berendam dalam kolam biasa pun ada.Kolam kanak kanak dan dewasa di bahagian luar.
Ada juga karaoke dalam bilik sejam RM45 rasanya.Tak sempat nak nyanyi fully booked.(kalau kosong nyanyi ke??). Ada playground sebelah kolam.Penat mandi kolam boleh lepak playground.
Ada juga karaoke dalam bilik sejam RM45 rasanya.Tak sempat nak nyanyi fully booked.(kalau kosong nyanyi ke??). Ada playground sebelah kolam.Penat mandi kolam boleh lepak playground.
![]() |
Playground at KSL HOTSPRING RESORT |
Untuk kolam mandi air panas mak mak je dibenarkan berendam. (13 Tahun ke atas).Maka apa lagi, duduk mandi air panas sambil relaxkan badan.Ada 3 jenis kolam air panas yang selesa dan luas.Kolam pertama suhu paling panas, kolam kedua suhu sederhana panas dan yang ketiga suam suam kuku.
Tapi tak tahu macam mana masa hari kedua stay kat sini ada seorang penjaga towel dan juga bilik mandi air panas ni terbaik hati bagi anak anak masuk.Maka ramai lah pengunjung menyelinap masuk dengan anak mereka.
Termasuklah daku juga.kah! Rezeki jangan ditolak.Lagipun kalau mandi kat luar sesak sangat.Bercampur pula dengan residence yangbdah tinggal kat situ.Tapi kalau korang datang sini tak dapat bawak anak jangan kecewa atau marah pula.
Pakcik yang jaga tu kena marah ngan management agaknya.Harap taklah sebab dia je yang baik hati.Yang lain muka ketat masam je.hihi.
![]() |
Kolam air panas KSL HOTSPRING RESORT |
![]() |
Kolam air panas KSL HOTSPRING RESORT |
![]() |
Kolam air panas KSL HOTSPRING RESORT |
Pilihan sarapan pagi di sini tak lah macam hotel 5 bintang, tapi pelbagai.Ada buah buahan,salad, goreng gorengan, sandwich, makanan berat tukar tiap hari dari nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, nasi putih lauk rendang.
Macam tulah pilihannya.Buffet dia untuk kanak kanak dalam RM18 tak salah.Kitorang tempah siap sarapan kat booking.com.
![]() |
Outdoor swimming pool KSL HOTSPRING RESORT |
![]() |
Menjerit jerit budak kecik ni pijak batu kat playground. |
![]() |
Ayah pun jadi budak.Layan kakak naik jongkang jongkit tak leh gerak ni. |
![]() |
Kami bertiga.Tukang ambil gambar kakak dina. |
![]() |
Sempat lagi minta ayah beli aiskrim dari mesin kat lobby hotel.Nampak tak tilam dia? Tebal dan tinggi.Sekali anak tergolek memang boleh benjol. |
![]() |
Abg ishraf suka tengok permndangan dari tingkat 21. Ibu yang seram nak oi!Gayat. |
Ops lagi satu pernah dengar tak kereta sewa SOCAR? Dibahagian hadapan parking KSL HOTSPRING RESORT ada disediakan kereta sewa ni.
Kalau korang ada urusan ke Johor Bahru dan kereta pula satu boleh lah sewa kereta ni.Sejam bermula rm8 je ikut jenis kereta.
Kat Kuala Lumpur banyak station ada.Kalau kat JB pun dah banyak tempat ada.Klik link ni untuk dapat FREE dua jam pertama.
Terima kasih kerana membaca.Kalau datang ke JB boleh try stay sini.Untuk yang anak ramai kena pilih bilik yang bersesuaian.Sebab bilik biasa yang kami ambil ni hanya ada satu katil king.
2 comments
Bagus jugak ada kolam panas macam ni. Hotel lain takde rasanya kolam panas ni. Nanti bila ke JB boleh stay kat sini
ReplyDeleteTulah.hotel lain rasa takde lagi.tu nam dia hotspring.
DeleteBiasa spa atau urut adalah.