KSL Hotel and Resort Johor Bahru Siap Dengan Taman Tema Yang Cool Untuk Anak Anak.
KSL Hotel and Resort Johor Bahru Siap Dengan Taman Tema Yang Cool Untuk Anak Anak | Throwback Entry. Kepada warga Johor Bahru khususnya serta anda yang berada sekitarnya apa kata memenuhkan aktiviti hujung minggu anak anda dengan sesuatu yang menyeronokkan.
Sesekali kalau bawa anak jalan jalan menginap di hotel ada taman tema menarik juga kan.
Sesekali kalau bawa anak jalan jalan menginap di hotel ada taman tema menarik juga kan.
KSL Hotel & Resot Johor Bahru menawarkan percutian yang sangat selesa dan dilengkapi taman tema sesuai untuk anak di bawah umur 12Tahun. Bertemakan dinasour, Dinasour Alive Theme Park ini ada beberapa jenis aktiviti air untuk kanak kanak yang diasingkan kepada beberapa kolam.
Idea yang menarik,bukan apa, biasanya pergi hotel anak anak mesti tanya "ada kolam tak?" memang banyak hotel ada kolam tapi bila sekali ngan taman tema ni lebih meriah.Tak perlu fikir nak kemana, stay kat hotel je dah cukup puas hati.
Lebih menarik sebab hotel ini dilengkapi pusat membeli belah di bawahnya.Memang senang lah nak cari makan. Hotel ini menawarkan dua jenis penginapan satu jenis hotel seperti biasa satu lagi residence stay.Tapi kalau nak dekat dengan taman tema ni pilih yang jenis hotel biasa je.
Masa kitorang pergi beberapa bulan yang lalu harga tiket masuk RM10 untuk dewasa dan untuk kanak kanak yang menginap dihotel T.tema ni berasingan dengan kolam mandi yang ada di hotel. Cuma ia dalam satu kawasan yang sama.Nak masuk kena bayar.
Pengunjung luar yang nak masuk tanpa menginap di hotel pun boleh. Tiket masuk RM50 dewasa RM30 kanak kanak.Tapi kalau nak dah dua tiga orang lebih berbaloi stay je kat sini.Boleh mandi lama sikit.
LOCATION:
KSL HOTEL & RESORT JOHOR BAHRU
KSL DINOSAUR ALIVE WATER THEME PARK, Level 7
Address: 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Operation Hours:
Operation Hours:
9:00am – 7:00pm Daily
Entry Fee - Hotel Guest:
RM 10 only for hotel in-house guest per person per day
Entry Fee - Walk In/ Non Hotel Guest:
Adult - RM50.00nett
Child (5-12 years old) - RM30.00nett
* Child below 5 - FOC
Gambar gambar sekitar Dinasour Alive Theme Park.
Photo Kredit : Norazlin Nordin
Terima kasih kerana membaca blog ini. Jangan lupa follow blog ini dan jemput singgah lagi kali.Jangan lupa klik share untuk manfaat bersama.
2 comments
Dulu selalu tempahkan hotel KSL utk client tapi diri sendiri tak sempat singgah heee
ReplyDeletesalam kenal dari www.iamfuzy.com
hai..salam kenal.
ReplyDeletenanti kalau free leh gi sini ngan family plak.