Cara Masak Pulut Kuning Yang Paling Senang Tak Berkerak Dan Tak Hangus

by - Thursday, July 15, 2021


Pulut Kuning

Cara Masak Pulut Kuning Yang Paling Senang Tak Berkerak Dan Tak Hangus | Hi, jumpa lagi kita di blog sis hanna. 

Kali ini kita kongsikan satu Cara Masak Pulut Kuning Paling Senang. Sebenarnya ada banyak cara nak masak pulut kuning ni tau.

1. Guna kaedah masak atas dapur terus

2. Masak dalam rice cooker

3. Kukus

Untuk kali ni sis kongsi cara masak pulut kuning guna kaedah kukus. Rasanya kaedah ini paling mudah sebab tak perlu risau pulut hangit atau berkerak di bahagian bawah. 

" Pulut Kuning Istimewa sempena hari jadi yang tersayang".

Sis masak pulut kuning ni sempena "birthday" en husband haritu sebab beliau tak makan sangat kek. 

Makan di cecah dengan rendang ayam. Memang super sedap. Pulut ni biasanya dihidang masa sambutan hari jadi, majlis kenduri dan kesyukuran. 

Ia boleh juga di makan dengan kari atau sambal tumis ikan bilis. Makan kosong macam tu pun sedap sangat dah.

Jom semak cara penyediaan Pulut Kuning Yang Paling Senang Tak Berkerak Dan Tak Hangus.

Bahan bahan diperlukan :-

1 1/2 cawan pulut
1 1/2 cawan santan (pekat + cair)
Garam secukup rasa
Daun pandan

Cara Penyediaan :-

1. Basuh dahulu pulut hingga bersih.

2. Kemudian rendam pulut lebih 4 jam dengan masukkan sedikit kunyit serbuk.

3. Sebelum tu panaskan santan atas dapur hingga sedikit mendidih.Pastikan dikacau selalu sebab taknak pecah minyak. Tujuannya adalah untuk pulut lebih tahan lama. Masa masak ni boleh masukkan garam secukup rasa.

4. Masukkan daun pandan yang disimpul kedalam loyang pengukus. Selepas itu masukkan pulut yang dah direndam 4 jam dalam loyang dan masukkan pula santan.(santan pekat + cair).

5. Untuk dapatkan pulut yang tak lembik dan tak keras pastikan paras santan dan juga pulut sama sahaja.Jangan terlebih banyak.

6. Masukkan dalam pengukus dan kukus 30-45 minit.

7. Boleh tengok sama ada pulut dah lembut atau tidak lepas dah 30 minit.

Boleh lah dihidang apabila dah lembut dan sejuk. Nak hias jadi kek pun boleh.

Boleh tonton video penuh di sini :-







You May Also Like

0 comments