13 Perkara Perlu Dielakkan Untuk Kempiskan Perut Yang Buncit.
13 Perkara Perlu Dielakkan Untuk Kempiskan Perut Yang Buncit | Perut buncit atau boroi memang jadi masalah pada wanita mahupun lelaki. Dari segi penampilan memang nampak tidak cantik. Bukan itu sahaja, dari segi kesihatan juga ia amat merbahaya jika kita tidak membendung perut yang buncit dengan segera kerana bakal mendatangkan penyakit kritikal seperti serangan jantung, kencing manis dan bermacam lagi penyakit lain.
![]() |
Image Source : SehatQ |
Lemak dalam badan manusia terbahagi kepada 3, lemak subkutan, lemak coklat dan juga lemak visceral. Antara ke tiga tiga bahagian lemak tersebut yang paling berbahaya ialah lemak visceral. Lemak visceral ini adalah lemak yang menyeliputi bahagian organ badan kita. Contohnya hati, jantung dan limpa.
![]() |
Image Source : Dictio Community |
Biasanya wanita atau lelaki yang berbadan kurus tetapi hanya bahagian perut sahaja nampak menonjol perlulah lebih berhati hati, mereka perlu membuat "full body checkup" di mana mana klinik untuk memastikan tiada masalah pada organ badan. Kadang kala masalah penyakit timbul bukan dengan kadar segera tetapi ia makan masa. Jika sudah ada tanda perut yang terlalu buncit segeralah lakukan sesuatu. Dan kadang kala melalui pemeriksaan darah sahaja tidak cukup untuk pastikan tiada masalah penyakit.
Jadi untuk langkah terbaik, kita perlulah mencegah sebelum terkena sebarang penyakit. Kerana apabila sudah terkena penyakit kos rawatan untuk kembali pulih sangat mahal dan peratus untuk sembuh juga sangat nipis. Lagi lagi bila organ sudah mula rosak.
Berikut adalah 13 Perkara Perlu Dielakkan Untuk Kempiskan Perut Yang Buncit.
1. Elakkan makan antara makan. Maksudnya elakkan ambil jajan jajan sama ada sihat atau tidak di antara sarapan dan makan tengah hari dan juga minum petang antara waktu nak makan malam. Contohnya pukul 4.30ptg makan goreng pisang, pukul 9 malam kunyah kacang kacang.
Walaupun yang kita makan itu berkhasiat tetapi ia tetap memerlukan insulin bekerja. Jadi badan kita akan sentiasa rasa lapar. Insulin terus bekerja tanpa henti. Sampai lupa bila waktu dia nak berehat.
2. Tolong jangan makan sayur sayuran yang buatkan badan kita kembung. Contohnya dalam banyak banyak sayur ada satu atau dua sayur bila makan perut kita macam memulas atau tak sedap maka elakkan. Makan sahaja sayur lain yang kita serasi.
3. Elakkan makan minum benda bergula. Benda ni memang dah ramai tahu dan dah ramai yang ulas. Kadang kala kita dah tak minum manis, tapi kita tak perasan yang kita dah makan makanan berasaskan roti , tepung. Contoh mudah roti canai, roti putih, kuih muih, kek dan banyak lagi makanan yang tinggi kandungan gula.
"Fast food" juga tinggi kandungan lemak omega 3 yang mana sangat berbahaya dan penyebab utama perut buncit tak hilang hilang. Badan kita perlu omega 6 dan lemak sihat macam minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak sacha inchi.
4. "Over Eating" atau terlebih makan sampai perut rasa sempit. Lebih lebih lagi di musim perayaan kalau ada rumah terbuka atau pun buffet di hotel hotel rasa macam semua nak makan. Nasib baik di musim pandemik ni tak dibenarkan buat rumah terbuka kalau tak tentunya perut kita akan sendat penuh dengan makanan.
5. Jangan makan selagi tak lapar. Bila lapar kadang bukan sebab perut betul betul kosong sebelum terus makan, sebaiknya minum air kosong dahulu. Air Kosong perlu diminum dengan cara dan pilih air yang betul. Jangan ingat boleh suka hati janji air kosong. Memang boleh hilangkan haus tapi mineral tu tak dapat dalam badan. Nak tahu lanjut boleh baca sini 7 Petua Minum Air Dengan Betul.
6. Kurang tidur. Tahukah anda bila tidur tubuh akan keluarkan hormon melatonin, "growth hormon", dan glukagon. Hormon hormon inilah yang membantu sel sel berkembang baik dan memecahkan lemak yang tidak diperlukan badan. Mengikut kajian, kalau kita kurang tidur memang perut lebih cepat buncit. Tidur berkualiti untuk dewasa adalah sekitar 7-9 jam sehari. waktu yang sesuai untuk tidur adalah diantara pukul 9-11 malam.
7. Kurangkan makan protein daripada sumber haiwan seperti daging merah dan ayam. Banyak kan makan makanan dari sumber protein daripada sayur sayuran dan buah buahan seperti sayuran hijau, avocado, daun moringha, rumpai laut, kekacang juga ada kandunga protein.
8. Tak exercise langsung dalam sehari. Exercise sekurang kurangnya 30 minit sehari barulah efektif untuk membakar lemak. Selepas 20-30 minit barulah gula dalam badan akan dibakar. Exercise macam berjalan kaki, aerobik, berbasikal, naik run tangga, berkebun hingga keluarkan peluh sangat bagus untuk membakar lemak dalam badan. Tapi dengan syarat biarlah lebih 30 minit, kalau perut terlalu buncit lebih lagi waktu diperlukan.
9. Jauhkan diri daripada gajet dan segala peralatan yang ada gelombang elektromagnetic sistem. Lebih lebih lagi pada waktu tidur. Ia bukan sahaja menganggu hormon malah menganggu energy dalam tubuh badan manusia. Disebabkan dunia hari ini tak boleh lari jauh dari penggunan gajet kita perlu selalu melakukan Grounding boleh baca di sini. Kebaikan grounding.
10. Jangan selalu "stress". Tenang dan gembirakan diri selalu. Bila banyak tekanan maka hormon jahat iaitu kortisol akan keluar dengan banyaknya. Hormon kortisol akan menyebabkan perut makin maju ke depan. Hormon kortisol adalah hormon yang dirembes apabila badan berada dalam keadaan mood tak best selain itu ia juga menjalankan fungsi lain seperti mengawal gula dalam darah, tahap metabolisma dan pengendalian fungsi otak. Maka perlulah kita pandai mengawal tekanan sama ada di rumah, ataupun di tempat kerja.
11. Terlalu banyak makan MSG (Monosodium Glutamate) juga antara punca perut buncit. Jika kita kerap makan di luar maka memang banyaklah diletak serbuk perasa nak bagi makanan tu lebih sedap rasa di lidah. Kalau masak di rumah elakkan penggunaan MSG atau penambah perasa yang lain. Sekarang ada syarikat pengeluar makanan yang tukar nama MSG pada "Modified Food Starch" rasa macam sedap sikit tapi bahaya sama macam MSG.
12. Elakkan diri untuk "overtraining" maksudnya buatkan badan berlari terlalu banyak hingga otot tiada masa berehat. Contoh macam tiap minggu masuk marathon, dah marathon pergi pula berbasikal. Bagus jika beraktiviti fizikal tapi kalau terlebih menyebabkan otot badan rosak dan bahagian abdoman juga ada otot yang bila dah tak elok buatkan perut buncit.
13. Elakkan diri dari sembelit. Makan lah makanan yang banyak serat dan minum banyak air supaya senang nak keluar kan sisa pepejal yang bertoksin dalam badan. Bila terlalu banyak sisa berkumpul dibahagian usus itulah yang menyebabkan perut kita buncit.
Kesimpulannya, perlu ada kemahuan untuk sihat dan cergas. Disiplin diri juga perlu kuat dalam mengelak untuk makan berlebihan. Amalkan minum air dengan banyak, makan sayur sayuran dan buah buahan ikut pada keperluan kalori harian.
0 comments