Resepi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap

by - Sunday, July 04, 2021


Bihun Goreng Singapore


Resepi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap | Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar yang membaca blog ni hari ni. Diharapkan anda dalam keadaan yang tenang sihat dan ceria selalu. Pagi ni sis sempat buat sarapan ringkas memikat hati si anak disebabkan bihun goreng Singapore tak pedas tetapi rasanya cukup memikat.

Bukan sahaja anak yang berebut makan ayahnya pun berselera sekali makan bihun Singapore ni. Biasanya sis buat bihun warna merah sesekali bila tukar selera maka seronoklah diorang makan. Bertambah tambah semua sekali makan.

Kelainan nya pada rasa daun kucai yang sis letak dan gunakan rencah udang kering bukan ikan bilis dalam bahan utama. Jom sama sama kita baca apa yang diperlukan dalam resepi kali ini. 

Bahan bahan bihun goreng Singapore


Bahan bahan :
1 pek bihun
1 biji Bawang besar *
1 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 sudu udang kering (rendam bagi lembut) *
3-4 batang cili padi * (yang ni optional sis letak sebab nak bagi rasa sedikit pedas)
2 biji telur
2 sudu besar lada hitam (serbuk/tumbuk yg biji)
1 mangkuk udang
1 mangkuk isi ayam
1/2 batang carrot dipotong mancis/ikut suka hati
1 mangkuk kucai
Garam secukup rasa
(boleh tambah bahan lain macam fish cake kalau nak)


Cara buat Bihun Goreng Singapore :-
1. 1 pek bihun di rendam sehingga lembut. (tak kisah jenama apa).
2. Mula mula sekali kita kisarkan semua bahan bertanda * di atas. Kalau nak tumbuk sahaja pun boleh. Terpulang mana mana yang senang. Nak masuk mesin bibik "thermomix" pun boleh..
3. Panaskan minyak , kemudian tumiskan bahan yang dah kisar hingga betul betul garing. Tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat dan melekat pada kuali.
4. Selepas itu, masukkan lada hitam dan kacau rata.
5. Boleh tambahkan garam secukup rasa.Nak tambah serbuk perasa atau kiub ikan bilis pun boleh.Sis tak tambah pun dah cukup "kick".
6. Pecahkan telur 2 biji dan kacau hancur telur tersebut.
7. Tambahkan air dalam satu 1 cawan . Kacau rata.
8. Bila sudah menggelegak, masuk satu satu semua bahan tambahan seperti udang, isi ayam, carrot, daun kucai. (fish cake kalau ada)


9. Kacau semua bahan dan biar hingga sedikit mendidih selepas itu boleh masukkan bihun.
10. Kacau rata bihun dalam bahan tadi hingga betul betul masak. Siap.Selamat mencuba ye.

Boleh tonton video lengkap cara cara memasak Bihun Goreng Singapore di channel You Tube De Hanna.




You May Also Like

0 comments