Resepi Kari Ikan Merah

by - Wednesday, June 30, 2021


Kari Ikan Merah


Resepi Kari Ikan Merah | Kari Ikan Merah ini memang sangat popular di area utara. Kawasan selatan juga tak kurang popular juga kari ikan ni. 

Biasanya boleh didapati di kedai makan mamak. Beza antara kari ikan dan juga kari ayam adalah pada rempahnya.

Jika kari ikan bahan rempah utama nya adalah menggunakan halba campur. Kari ayam pula menggunakan rempah ratus empat sekawan. 

Halba campur adalah hasil gabungan 4 bahan iaitu halba , biji sawi, jintan manis dan jintan putih. Kalau tak guna halba campur ni macam tak sah kari ikan kita.

Untuk resepi kali ini cik ana pakai ikan merah yang segar bahagian kepala dan juga isi. Nak pakai ikan lain pun boleh je macam ikan bawal, ikan tenggiri atau ikan tongkol. Memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.

So, jom kita semak bahan bahan yang diperlukan untuk memasak kari ikan merah ni.

Bahan bahan untuk Kari Ikan Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah (@kepala ikan merah 2 ketul)
2 paket kecil rempah kari ikan 
2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar - (jika suka pedas kalau tak letak pun tak pe)
1 mangkuk air asam jawa
1 1/2 mangkuk santan (pekat +cair)
Garam
Minyak untuk menumis

Bahan hiris/tumbuk/kisar:

2 inci halia
6-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan lain:
10 batang kacang bendi (kalau tak suka boleh kurangkan)
2 biji tomato buah (dipotong empat)
2 tangkai cili hijau/merah 

Cara cara:

1. Panaskan minyak yang menutupi dasar periuk (agak banyak) dan tumis halba campur kemudian masukkan bahan yang dihiris/tumbuk/kisar. 

Tujuan minyak diletak banyak sedikit banyak, adalah untuk memastikan rempah kari garing dengan betul dan kari juga akan nampak cantik, rasanya pun lebih sedap. 

2. Kemudian masukkan rempah kari tumis hingga betul betul garing.( Boleh campur dengan air dulu rempah kari ikan).

3. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.

4. Bila sudah garing (untuk tahu ia garing bila sudah mula terbit minyak atas kari), masukkan ikan satu persatu.



6. Kacau perlahan, masukkan lagi air secukupnya. Kemudian masukkan air asam jawa.


Kari Ikan Merah


7. Boleh masukkan santan pula dan kacau rata hingga kuah kari mendidih untuk pastikan santan tidak pecah minyak (terpisah dari kuah).

8. Kemudian masukkan pula tomato, bendi,cili dan kacau lagi sehingga betul betul mendidih dan pastikan bendi empuk.

Kari Ikan Merah

Kari Ikan Merah 



9. Bila bendi dah empuk dan kuah pun dah mendidih bolehlah dihidang.

Kuah kari ni kalau makan dengan nasi panas panas dan juga telur masin atau ikan masin memang terangkat. Ataupun letak sedikit kicap masa makan memang menambah nambah nasi lah jawabnya.


Kari Ikan Merah bersama nasi dan telur asin.


Boleh tonton video lengkap di sini :-




You May Also Like

0 comments