• Home
  • Info
    • Parenting
    • Self Enhancement
    • General
    • Santai
  • Travel
  • Health
  • Lifestyle
    • Mom Cooking
    • Tips
  • Busines
    • Ebook
    • Produk Review
  • Contact
  • Sitemap
  • Disclaimer
center>
 Subscribe  Add Me  Follow Me  Follow Me


Pulut Kuning

Cara Masak Pulut Kuning Yang Paling Senang Tak Berkerak Dan Tak Hangus | Hi, jumpa lagi kita di blog sis hanna. 

Kali ini kita kongsikan satu Cara Masak Pulut Kuning Paling Senang. Sebenarnya ada banyak cara nak masak pulut kuning ni tau.

1. Guna kaedah masak atas dapur terus

2. Masak dalam rice cooker

3. Kukus

Untuk kali ni sis kongsi cara masak pulut kuning guna kaedah kukus. Rasanya kaedah ini paling mudah sebab tak perlu risau pulut hangit atau berkerak di bahagian bawah. 

" Pulut Kuning Istimewa sempena hari jadi yang tersayang".

Sis masak pulut kuning ni sempena "birthday" en husband haritu sebab beliau tak makan sangat kek. 

Makan di cecah dengan rendang ayam. Memang super sedap. Pulut ni biasanya dihidang masa sambutan hari jadi, majlis kenduri dan kesyukuran. 

Ia boleh juga di makan dengan kari atau sambal tumis ikan bilis. Makan kosong macam tu pun sedap sangat dah.

Jom semak cara penyediaan Pulut Kuning Yang Paling Senang Tak Berkerak Dan Tak Hangus.

Bahan bahan diperlukan :-

1 1/2 cawan pulut
1 1/2 cawan santan (pekat + cair)
Garam secukup rasa
Daun pandan

Cara Penyediaan :-

1. Basuh dahulu pulut hingga bersih.

2. Kemudian rendam pulut lebih 4 jam dengan masukkan sedikit kunyit serbuk.

3. Sebelum tu panaskan santan atas dapur hingga sedikit mendidih.Pastikan dikacau selalu sebab taknak pecah minyak. Tujuannya adalah untuk pulut lebih tahan lama. Masa masak ni boleh masukkan garam secukup rasa.

4. Masukkan daun pandan yang disimpul kedalam loyang pengukus. Selepas itu masukkan pulut yang dah direndam 4 jam dalam loyang dan masukkan pula santan.(santan pekat + cair).

5. Untuk dapatkan pulut yang tak lembik dan tak keras pastikan paras santan dan juga pulut sama sahaja.Jangan terlebih banyak.

6. Masukkan dalam pengukus dan kukus 30-45 minit.

7. Boleh tengok sama ada pulut dah lembut atau tidak lepas dah 30 minit.

Boleh lah dihidang apabila dah lembut dan sejuk. Nak hias jadi kek pun boleh.

Boleh tonton video penuh di sini :-







Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Spaghetti Aglio Olio

Resepi Spaghetti Aglio Olio Versi Tekak Orang Melayu Yang Memang Tak Menghampakan | Bertemu lagi kita di blog ini. Harap harap semuanya dalam keadaan yang sentiasa tenang dan dalam lindungan Rahmat Dari NYA.

Kali ni sis nak kongsikan satu resepi dari Itali yang popular dan tak pernah tak sedap. Resepi Spaghetti Aglio Olio ni asal nya bawang putih dan juga minyak zaitun. Tapi disebabkan kat rumah takde minyak zaitun kita pakai minyak biasa pun oklah. Rasa nya pun sedap dan dah ke arah tekak Orang Melayu.

Resepi nye simple nampak macam banyak bahan tapi penyediaan nya mudah macam goreng mee biasa juga. Hanya perlu di goreng semua bahan. Pertama kali sis pernah buat spaghetti Aglio Olio ni tapi dah bertahun lama dah , masa tu anak anak kecil lagi masing masing tak pandai nak makan sudahnya sis ngan husband je yang makan memang banyaklah lebihnya.

Yang kali ni masak anak anak dah bertambah, lepas tu masing masing dah besar dia orang memang cukup suka dengan spaghetti ni. Bertambah tambah makan. Memang memuji kesedapan rasa spagheeti ni. Bagi lah rasa jiran sebelah sikit, anak anak nya pun puji sedap. Alhamdulillah. Kita kongsi rasa sama sama.

So, jom sama sama semak bahan yang diperlukan. Untuk chilli flakes kalau taknak pedas takyah letak. Tapi macam tak "kick" pula kalau tak pedas. Tekak melayu katakan.


Bahan-Bahan:

500 gram spaghetti
(1 paket pakai yang angle hair - yang jenis halus)
1/2 mangkuk kecil minyak zaitun(sis guna minyak biase je) 
5 ulas bawang putih, di tumbuk halus
1/2 biji bawang besar Holland,di potong dadu kecil
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 mangkuk udang di buang kulit
1 mangkuk sotong
capsicum hijau, nak tambah yang merah pun boleh
tomato kecil, di potong 2 
1 sudu besar daun parsley kering
1 - 2 sudu besar Oregano
Keju parmesan (optional)


Cara Penyediaan:

1. Rebus dahulu spaghetti dan toskan. Masukkan sedikit minyak ketika merebus spaghetti supaya tak lekat bila dah sejuk.

2. Panaskan minyak/minyak zaitun kemudian tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.

3. Bila sudah agak kekuningan dan layu, masukkan pula serbuk lada hitam, chilli flakes, oregano.

4. Kacau rata semua bahan.

5. Kemudian masukkan pula udang dan sotong.

6. Bila air udang dan sotong dah keluar boleh masukkan pula capsicum dan tomato.

7. Boleh juga tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.

8. Selepas dah rata masukkan spaghetti dan kacau lagi hingga rata.

9. Tabur rata daun parsley dan juga keju parmesan. 

10. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.

11.  Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Sekian, selamat mencuba! 

Pastinya dapat menarik minat anak anak isi udang dan sotong boleh je kalau nak gantikan dengan ayam. Kalau ada yang elergik seafood tukar kepada ayam.

Boleh tonton video penuh di sini :-





Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Resepi Nasi Lemak Dan Juga Rahsia Sambal Tumis Ikan Bilis Yang Padu | Wah dengar tajuk dah rasa tak sabar nak tahu apa resepi rahsia Nasi Lemak ni kan. 

Biasanya bila kita makan nasi lemak sambal tumis yang sedap dan padu (gabungan rasa dari segi pedas, masam, masin manis nya)  tu yang penting. Nasi itu sendiri perlu ada rasa dan aroma memikat baru terangkat bila makan. 

Pendek kata kalau nasi lemak ni, boleh makan kosong je kalau nasi dia dah sedap.

Kat Malaysia ni, jangan kata orang Melayu bangsa bangsa lain pun dah jadi "favourite" diorang nasi lemak ni. Kalau dulu nasi lemak hanya makan dengan sambal tumis, tapi sekarang dah macam macam lauk dia orang pelbagaikan untuk makan dengan nasi lemak. 

Masa makan pula tak hanya waktu sarapan pagi sampai ke tengah malam pun ada restoran yang hidangkan masakan nasi lemak sekarang ni.

Kali ni sis nak kongsi satu lagi resepi yang sis belajar daripada "my mother in law" yang dulu masa muda muda memang beliau ada berniaga di warung menjual makanan. 

Sampai ade yang minta nak beli sambal tumis tu je. Ah.. power tak power sambal tu. Sebelum ni sis ada kongsi resepi Mee Rebus Johor juga resepi asal daripada MIL juga.

Jom kita tengok apa resepi rahsia dalam sambal nasi lemak yang membuatkan ia menjadi kegilaan masa my MIL berniaga dulu. Sehingga sekarang pun kalau balik kampung kitorang memang suka sangat dengan hidangan nasi lemak dari MIL sebab lengkap dengan aroma dan juga rasa dia cukup sempurna.



Hari ini sis masak bahan hiasan tambahan kita ikut apa yang ada je dalam peti ais. Maka, takde lah timun atau kacang. Makan pulak dengan ayam goreng berempah memang tak toleh kiri kanan. 

Biasa kalau masak nasi lemak memang sampai ke petang berulang makan. Jimat masa masak. Satu hari satu jenis lauk sahaja.

Jom sama sama semak resepi dan cara memasak nasi lemak step by step di bawah ni.
Bahan bahan untuk nasi lemak :-

4 cawan beras. (sis guna beras basmathi)
6 cawan santan Pekat + Cair
(nisbah kalau masak nasi 2 cawan santan 4 cawan)
(nisbah kalau masak nasi 5 cawan santan 7 cawan)
Kalau beras jenis tak banyak pakai air kurangkan 1 cawan santan
Daun Pandan 2-3 helai
Halia dalam 2 inci

Bahan bahan untuk sambal ikan bilis :-

* Sukatan sambal ikan bilis ini untuk 4-5 orang makan, kalau nak masak banyak gandakan bahan cuma jangan lebih sangat halia dan kunyit.
1 biji bawang besar *
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* (optional- taknak letak pun takpe rasa lebih kurang sama)
1 inci kunyit hidup/serbuk*
(inilah bahan rahsia nak bagi sedap kena letak kunyit sedikit dalam sambal tumis ikan bilis kita)
1 inci belacan * (kalau elergik takyah letak pon takpe)
Ikan bilis segenggam untuk kisar sekali*
Ikan bilis 1 mangkuk untuk goreng garing.
Cili kisar 7 sudu besar.
1/2 buku gula melaka.
2 keping asam gelugor.

Cara Masak Nasi Lemak :-
Mula mula sekali basuh dan bilas beras hingga bersih. Kemudian tapis dan ketepikan dahulu.
Masukkan 6 cawan santan ke dalam periuk.Ini sukatan untuk 4 cawan beras basmathi yang sis guna. Kalau nak masak 3 cawan beras lebihkan santan 2 cawan. Untuk beras biasa boleh kurangkan santan sebab takut nasi terlalu lembik.

Nisbah 4 cawan beras : 6 cawan santan
Nisbah 2 cawan beras : 4 cawan santan



Kemudian masukkan 2 helai daun pandan yang diikat dan juga halia. Kalau minat nak letak sedikit halba boleh juga. Tapi disebabkan anak anak tak suka biji biji halba tu maka takdelah sis letak. Resepi asal pun memang MIL tak letak halba.

Masak atas api santan tadi sehingga naik wap dan santan sudah mendidih sedikit. Tujuannya adalah untuk nasi kekal tahan lama.
Jangan tinggalkan santan ni, kena kerap kacau.Kalau tidak ia akan pecah minyak.

Bila sudah mula berwap dan mula nak mendidih masukkan beras yang sudah di tapis tadi.
Boleh terus masak atas api atau masukkan ke dalam rice cooker.

Sambal Tumis Ikan Bilis


Cara Masak Sambal Tumis Ikan Bilis:-
Ikan bilis dalam mangkuk di goreng garing terlebih dahulu. Ketepikan
Bahan yang bertanda * di atas semua di kisar kalau rajin boleh di tumbuk. Bila tumbuk sambal tumis jadi lebih sedap. Tapi memang tak berapa rajin maka kisar sahaja.
Tumis semua bahan kisar tadi sehingga naik bau dan masukkan pula cili kisar sebanyak 7 sudu.kalau nak lebih boleh juga.
Kacau hingga sambal tumis hampir garing. Masukkan air supaya tak terlalu pekat.
Kemudian masukkan gula melaka, asam gelugor, ikan bilis goreng tadi dan kacau hingga pecah minyak.

Akhir sekali masukkan garam dan bahan perasa kalau suka.
Jika nak sedikit berkuah tambahkan air dan masak hingga pecah minyak. Penting hingga pecah minyak nak pastikan sambal garing dan sedap.

Selamat mencuba. Terima kasih melawat ke blog ini.

Video lengkap ada di sini :-



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

13 Perkara Perlu Dielakkan Untuk Kempiskan Perut Yang Buncit | Perut buncit atau boroi memang jadi masalah pada wanita mahupun lelaki. Dari segi penampilan memang nampak tidak cantik. Bukan itu sahaja, dari segi kesihatan juga ia amat merbahaya jika kita tidak membendung perut yang buncit dengan segera kerana bakal mendatangkan penyakit kritikal seperti serangan jantung, kencing manis dan bermacam lagi penyakit lain.


Image Source : SehatQ

Lemak dalam badan manusia terbahagi kepada 3, lemak subkutan, lemak coklat dan juga lemak visceral. Antara ke tiga tiga bahagian lemak tersebut yang paling berbahaya ialah lemak visceral. Lemak visceral ini adalah lemak yang menyeliputi bahagian organ badan kita. Contohnya hati, jantung dan limpa.


Image Source : Dictio Community


Biasanya wanita atau lelaki yang berbadan kurus tetapi hanya bahagian perut sahaja nampak menonjol perlulah lebih berhati hati, mereka perlu membuat "full body checkup" di mana mana klinik untuk memastikan tiada masalah pada organ badan. Kadang kala masalah penyakit timbul bukan dengan kadar segera tetapi ia makan masa. Jika sudah ada tanda perut yang terlalu buncit segeralah lakukan sesuatu. Dan kadang kala melalui pemeriksaan darah sahaja tidak cukup untuk pastikan tiada masalah penyakit.

Jadi untuk langkah terbaik, kita perlulah mencegah sebelum terkena sebarang penyakit. Kerana apabila sudah terkena penyakit kos rawatan untuk kembali pulih sangat mahal dan peratus untuk sembuh juga sangat nipis. Lagi lagi bila organ sudah mula rosak. 

Berikut adalah  13 Perkara Perlu Dielakkan Untuk Kempiskan Perut Yang Buncit. 

1. Elakkan makan antara makan. Maksudnya elakkan ambil jajan jajan sama ada sihat atau tidak di antara sarapan dan makan tengah hari dan juga minum petang antara waktu nak makan malam. Contohnya pukul 4.30ptg makan goreng pisang, pukul 9 malam kunyah kacang kacang.

Walaupun yang kita makan itu berkhasiat tetapi ia tetap memerlukan insulin bekerja. Jadi badan kita akan sentiasa rasa lapar. Insulin terus bekerja tanpa henti. Sampai lupa bila waktu dia nak berehat.

2. Tolong jangan makan sayur sayuran yang buatkan badan kita kembung. Contohnya dalam banyak banyak sayur ada satu atau dua sayur bila makan perut kita macam memulas atau tak sedap maka elakkan. Makan sahaja sayur lain yang kita serasi.

3. Elakkan makan minum benda bergula. Benda ni memang dah ramai tahu dan dah ramai yang ulas. Kadang kala kita dah tak minum manis, tapi kita tak perasan yang kita dah makan makanan berasaskan roti , tepung. Contoh mudah roti canai, roti putih, kuih muih, kek dan banyak lagi makanan yang tinggi kandungan gula.

"Fast food" juga tinggi kandungan lemak omega 3 yang mana sangat berbahaya dan penyebab utama perut buncit tak hilang hilang. Badan kita perlu omega 6 dan lemak sihat macam minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak sacha inchi.

4. "Over Eating" atau terlebih makan sampai perut rasa sempit. Lebih lebih lagi di musim perayaan kalau ada rumah terbuka atau pun buffet di hotel hotel rasa macam semua nak makan. Nasib baik di musim pandemik ni tak dibenarkan buat rumah terbuka kalau tak tentunya perut kita akan sendat penuh dengan makanan. 

5. Jangan makan selagi tak lapar. Bila lapar kadang bukan sebab perut betul betul kosong sebelum terus makan, sebaiknya minum air kosong dahulu. Air Kosong perlu diminum dengan cara dan pilih air yang betul. Jangan ingat boleh suka hati janji air kosong. Memang boleh hilangkan haus tapi mineral tu tak dapat dalam badan. Nak tahu lanjut boleh  baca sini 7 Petua Minum Air Dengan Betul. 

6. Kurang tidur. Tahukah anda bila tidur tubuh akan keluarkan hormon melatonin, "growth hormon", dan glukagon. Hormon hormon inilah yang membantu sel sel berkembang baik dan memecahkan lemak yang tidak diperlukan badan. Mengikut kajian, kalau kita kurang tidur memang perut lebih cepat buncit. Tidur berkualiti untuk dewasa adalah sekitar 7-9 jam sehari. waktu yang sesuai untuk tidur adalah diantara pukul 9-11 malam. 

7. Kurangkan makan protein daripada sumber haiwan seperti daging merah dan ayam. Banyak kan makan makanan dari sumber protein daripada sayur sayuran dan buah buahan seperti sayuran hijau, avocado, daun moringha, rumpai laut, kekacang juga ada kandunga protein.

8. Tak exercise langsung dalam sehari. Exercise sekurang kurangnya 30 minit sehari barulah efektif untuk membakar lemak. Selepas 20-30 minit barulah gula dalam badan akan dibakar. Exercise macam berjalan kaki, aerobik, berbasikal, naik run tangga, berkebun hingga keluarkan peluh sangat bagus untuk membakar lemak dalam badan. Tapi dengan syarat biarlah lebih 30 minit, kalau perut terlalu buncit lebih lagi waktu diperlukan.

9. Jauhkan diri daripada gajet dan segala peralatan yang ada gelombang elektromagnetic sistem. Lebih lebih lagi pada waktu tidur. Ia bukan sahaja menganggu hormon malah menganggu energy dalam tubuh badan manusia. Disebabkan dunia hari ini tak boleh lari jauh dari penggunan gajet kita perlu selalu melakukan Grounding boleh baca di sini. Kebaikan grounding.

10. Jangan selalu "stress". Tenang dan gembirakan diri selalu. Bila banyak tekanan maka hormon jahat iaitu kortisol akan keluar dengan banyaknya. Hormon kortisol akan menyebabkan perut makin maju ke depan. Hormon kortisol adalah hormon yang dirembes apabila badan berada dalam keadaan mood tak best selain itu ia juga menjalankan fungsi lain seperti mengawal gula dalam darah, tahap metabolisma dan pengendalian fungsi otak. Maka perlulah kita pandai mengawal tekanan sama ada di rumah, ataupun di tempat kerja.

11. Terlalu banyak makan MSG (Monosodium Glutamate) juga antara punca perut buncit. Jika kita kerap makan di luar maka memang banyaklah diletak serbuk perasa nak bagi makanan tu lebih sedap rasa di lidah. Kalau masak di rumah elakkan penggunaan MSG atau penambah perasa yang lain. Sekarang ada syarikat pengeluar makanan yang tukar nama MSG pada "Modified Food Starch" rasa macam sedap sikit tapi bahaya sama macam MSG.

12. Elakkan diri untuk "overtraining" maksudnya buatkan badan berlari terlalu banyak hingga otot tiada masa berehat. Contoh macam tiap minggu masuk marathon, dah marathon pergi pula berbasikal. Bagus jika beraktiviti fizikal tapi kalau terlebih menyebabkan otot badan rosak dan bahagian abdoman juga ada otot yang bila dah tak elok buatkan perut buncit.

13. Elakkan diri dari sembelit. Makan lah makanan yang banyak serat dan minum banyak air supaya senang nak keluar kan sisa pepejal yang bertoksin dalam badan. Bila terlalu banyak sisa berkumpul dibahagian usus itulah yang menyebabkan perut kita buncit.

Kesimpulannya, perlu ada kemahuan untuk sihat dan cergas. Disiplin diri juga perlu kuat dalam mengelak untuk makan berlebihan. Amalkan minum air dengan banyak, makan sayur sayuran dan buah buahan ikut pada keperluan kalori harian.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


5 Tempat Makan Ala Western Yang POPULAR Dan Sedap Di Kluang (Wajib Terjah!) | Peminat makanan ala "western" pasti tercari cari mana restoran yang betul betul kena dengan tekak dan juga poket kan. Kadang tu terlalu mahal tapi rasa biasa biasa sahaja. So, kena lah banyak cuba sendiri makan.

Disebabkan sis dah lama duduk kat area Kluang bolehlah sis share mana tempat makan atau restoran  yang menghidangkan menu western area Kluang ni. Kadang kadang cari juga makanan yang kita susah nak masak macam kambing yang kena perap tu ke, atau ayam chicken chop kat kedai.

Baru baru ni je baru buat sendiri chicken chop kalau dah banyak kerja sangat pergi cari makan kat kedai lagi better.Tak lah penat badan. So kali ni kita kongsi beberapa buah restoran atau kedai makan yang menghidangkan menu "western" di area Kluang ni. Ada lagi beberapa kedai sebenarnya hidangkan menu ala western di Kluang tapi sis tak share. 

1. Kluang Western Cafe.

Alamat :No.171 Jalan 1, taman sri kluang 86000 Kluang, Johor, Malaysia.


Cari kat waze pasti jumpa. Sederet dengan klinik Nora di Taman Sri Kluang. Rasanya kedai ni ada dua cawangan tapi cawangan lagi satu sis tak pasti masih beroperasi atau tidak.

Kita orang order spagetti bolognese, kambing black pepper, chicken chop masa datang makan kat situ. Memang puas hati disebabkan rasanya memang sedap. Rata rata pengunjung yang datang juga berpuas hati sebab makanan yang dihidangkan sangat sedap.

Harga juga tak lah mahal melampau, cuma untuk kambing je pada sis agak mahal sikit. Tapi biasalah kambing mana mana pun memang diorang akan cas mahal. Mahal tapi sedap pada sis ok lah.

2. Ben Mael Cafe

Alamat : No. 10 Jalan Seri Impian 8/1A, Impiana Square, Taman Seri Impian, Bandar Seri Impian, 86000 Kluang, Johor.




Restoran ni memang betul betul dekat dengan tempat tinggal kami. Baru sahaja beroperasi rasanya tak sampai setahun selepas deretan rumah kedai fasa di taman kami siap sepenuhnya. Belum pun pernah terjah tapi kawan kawan yang pernah pergi kata "korang patut pergi sini makanan dia sedap dan berbaloi". 

Nantilah habis PKP kita singgah.Tah bila habis pun tak tahu. Kalau nak order pakai FOOD PANDA pun boleh je buat masa sekarang ni.Nak bungkus pun boleh buat masa sekarang ni. Nanti kita boleh cuba.

3. Leezo Restaurant

Sis pernah share satu artikel penuh tentang Leezo Restauran kat sini dulu dulu boleh baca Rasai Keenakan Western Food Di Leezo Restauran.

4. Leqir Restaurant.

Alamat : 12A, Jalan Intan 6/1, Taman Intan, 86000 Kluang, Johor.



Baru baru ni lalu lalang kat wall Facebook sis tentang restoran ni, tak pernah terjah lagi ke sini tapi kebanyakkan yang dah datang komen positif. Hidangan juga ada dalam bentuk set.

Selain daripada western food ada juga hidangan makanan nasi putih berlauk macam siput sedut dan asam pedas dihidangkan di sini. Memang tak rugi mencuba sebab katanya makanan di sini semuanya sedap sangat. Penghantaran juga disediakan musim musim PKP.

6. Joel's Delight Western

Alamat :- Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor.




Kedai ni lain sikit dari ke empat empat kedai di atas sebab ianya di buat dalam kontena. Maksudnya tempat masak dalam kontena tapi tempat makannya di letak dalam khemah.

Sis, pernah try spagetti bolognese kat sini rasanya boleh tahan sedap, kalau nak menikmati suasana makan dengan angin sepoi sepoi memang best kat sini. Ruang parking juga luas. Nanti kalau datang ke Kluang bila dah diizinkan boleh singgah mana mana kedai atas ni kalau teringin nak makan ala western.


Sekian terima kasih sudi singgah blog ni. Boleh juga ke channel You Tube sis De Hanna.



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Bihun Goreng Singapore


Resepi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap | Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar yang membaca blog ni hari ni. Diharapkan anda dalam keadaan yang tenang sihat dan ceria selalu. Pagi ni sis sempat buat sarapan ringkas memikat hati si anak disebabkan bihun goreng Singapore tak pedas tetapi rasanya cukup memikat.

Bukan sahaja anak yang berebut makan ayahnya pun berselera sekali makan bihun Singapore ni. Biasanya sis buat bihun warna merah sesekali bila tukar selera maka seronoklah diorang makan. Bertambah tambah semua sekali makan.

Kelainan nya pada rasa daun kucai yang sis letak dan gunakan rencah udang kering bukan ikan bilis dalam bahan utama. Jom sama sama kita baca apa yang diperlukan dalam resepi kali ini. 

Bahan bahan bihun goreng Singapore


Bahan bahan :
1 pek bihun
1 biji Bawang besar *
1 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 sudu udang kering (rendam bagi lembut) *
3-4 batang cili padi * (yang ni optional sis letak sebab nak bagi rasa sedikit pedas)
2 biji telur
2 sudu besar lada hitam (serbuk/tumbuk yg biji)
1 mangkuk udang
1 mangkuk isi ayam
1/2 batang carrot dipotong mancis/ikut suka hati
1 mangkuk kucai
Garam secukup rasa
(boleh tambah bahan lain macam fish cake kalau nak)


Cara buat Bihun Goreng Singapore :-
1. 1 pek bihun di rendam sehingga lembut. (tak kisah jenama apa).
2. Mula mula sekali kita kisarkan semua bahan bertanda * di atas. Kalau nak tumbuk sahaja pun boleh. Terpulang mana mana yang senang. Nak masuk mesin bibik "thermomix" pun boleh..
3. Panaskan minyak , kemudian tumiskan bahan yang dah kisar hingga betul betul garing. Tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat dan melekat pada kuali.
4. Selepas itu, masukkan lada hitam dan kacau rata.
5. Boleh tambahkan garam secukup rasa.Nak tambah serbuk perasa atau kiub ikan bilis pun boleh.Sis tak tambah pun dah cukup "kick".
6. Pecahkan telur 2 biji dan kacau hancur telur tersebut.
7. Tambahkan air dalam satu 1 cawan . Kacau rata.
8. Bila sudah menggelegak, masuk satu satu semua bahan tambahan seperti udang, isi ayam, carrot, daun kucai. (fish cake kalau ada)


9. Kacau semua bahan dan biar hingga sedikit mendidih selepas itu boleh masukkan bihun.
10. Kacau rata bihun dalam bahan tadi hingga betul betul masak. Siap.Selamat mencuba ye.

Boleh tonton video lengkap cara cara memasak Bihun Goreng Singapore di channel You Tube De Hanna.




Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Ayam Masak Kam Heong

Resepi Ayam Masak Kam Heong Yang Harum Buatkan Orang Tak Sabar Nak Makan | Hi, hari ni sis nak share satu resepi Ayam Masak Kam Heong iaitu resepi tradisi masakan masyarakat Cina Malaysia yang telah disesuaikan mengikut citarasa orang Melayu di negara kita. Hidangan ini memang jarang ada dalam menu kedai makan Orang Melayu, kalau nak rasa boleh berkunjung ke kedai makan Cina Muslim. Kalau di kopitiam Cina atau warung tepian jalan yang ramai memang mudah nak dapat.

So, disebabkan Ayam Masak Kam Heong pernah jadi trending dalam pencarian resepi nak juga kita cuba masak sendiri dan merasai keenakkannya. Serius pertama kali mencuba resepi ini dah dapat rasa kesedapan masakan ini. Manakan tidak dengan aroma masa masak tu je dah buat hati tak sabar nak mencubanya. Masa tengah masak anak anak dah tanya "masak apa tu Ibu?". 

Huh! Nampak sangat wangi dan harum baunya. Sesuai dengan nama resepi ini "Kam Heong" yang bermaksud "berbau harum" "golden fragrance". So apa lagi korang kalau dah takde idea nak masak apa tu patut cuba tau resepi ni. Ade sedikit olahan yang sis buat tapi tetap mengekalkan rasanya yang berempah, wangi serta tak berapa pedas.Anak anak makan tak "complaint" lah pedas. Serius, yang tak pandai masak kalau buat pun boleh jadi kalau follow resepi ni. (sis ada tengok macam macam style yang diorg buat kat Google, Facebook, YouTube maka kita tengok pada paling sesuai dan mudah).


BAHAN-BAHAN AYAM MASAK KAM HEONG

Bahgian 1:

8-10 ketul Ayam yang dipotong

Sedikit kunyit 

Sedikit garam.

1 sudu besar sos tiram 

1 sudu besar kicap pekat 

1 biji telur

2 sudu besar tepung jagung.



Bahagian 2:-

1 biji bawang holland dipotong dadu 

3 ulas bawang putih di tumbuk

1 sudu udang kering di tumbuk (optional)

2 tangkai daun kari

2 sudu serbuk kari ayam dan daging

10 biji cili padi belah dua (kalau tak nak campak je)

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar kicap pekat(optional)

3-4 sudu kicap manis

Minyak untuk menggoreng ayam

Tak perlu tambah apa apa bahan perasa kerana gabungan sos yang banyak diatas buatkan masakan ini cukup rasa masin, manis nya. Cuma kalau korang rasa macam kurang kick letakkan sedikit garam dan lain lain serbuk perasa.


Cara memasak :

1. Gorengkan ayam yang sudah di gaul bersama semua bahan di bahagian pertama tadi.

Gorengkan Ayam

Kalau nak goreng ayam macam biasa je pun boleh sahaja. Cuma kelainan akan dirasai bila perapan ayam tu kita tambahkan dengan bahan bahan di atas. Lagi "aromatic" dan ayam rasa manis manis macam tu.

2. Bila dah goreng semua ayam ketepikan dahulu. Sementara kita buat kuahnya pula.

3. Bawang holland potong dadu kasar.

4. Bawang putih dan udang kering tumbuk kasar. Udang kering ni optional. Kalau tak de tak perlu letak.

5. Tumis kan bawang holland, bahan tumbuk dan daun kari hingga naik bau dan bawang sedikit layu.



6. Masukkan serbuk kari kacau dan masukkan sedikit air. Taknak bagi kering sangat nanti hangit.

7. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap pekat dan juga kicap manis.



8. Kacau rata dan masukkan air secukupnya. Kalau nak banyak kuah lebihkan sedikit airnya.

9. Masukkan cili padi kacau dan bila sudah agak mendidih masukkan ayam yang digoreng tadi.

10. Kacau hingga semua ayam rata dengan kuah dan tunggu hingga terbit minyak baru angkat.

11. Sedia dihidang..

Selamat mencuba jangan lupa tau Follow n Like blog ni untuk lain lain info. Boleh juga terus ke You Tube Channel untuk melihat video penuh Ayam Masak Kam Heong.

                                           


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Kari Ikan Merah


Resepi Kari Ikan Merah | Kari Ikan Merah ini memang sangat popular di area utara. Kawasan selatan juga tak kurang popular juga kari ikan ni. 

Biasanya boleh didapati di kedai makan mamak. Beza antara kari ikan dan juga kari ayam adalah pada rempahnya.

Jika kari ikan bahan rempah utama nya adalah menggunakan halba campur. Kari ayam pula menggunakan rempah ratus empat sekawan. 

Halba campur adalah hasil gabungan 4 bahan iaitu halba , biji sawi, jintan manis dan jintan putih. Kalau tak guna halba campur ni macam tak sah kari ikan kita.

Untuk resepi kali ini cik ana pakai ikan merah yang segar bahagian kepala dan juga isi. Nak pakai ikan lain pun boleh je macam ikan bawal, ikan tenggiri atau ikan tongkol. Memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.

So, jom kita semak bahan bahan yang diperlukan untuk memasak kari ikan merah ni.

Bahan bahan untuk Kari Ikan Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah (@kepala ikan merah 2 ketul)
2 paket kecil rempah kari ikan 
2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar - (jika suka pedas kalau tak letak pun tak pe)
1 mangkuk air asam jawa
1 1/2 mangkuk santan (pekat +cair)
Garam
Minyak untuk menumis

Bahan hiris/tumbuk/kisar:

2 inci halia
6-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan lain:
10 batang kacang bendi (kalau tak suka boleh kurangkan)
2 biji tomato buah (dipotong empat)
2 tangkai cili hijau/merah 

Cara cara:

1. Panaskan minyak yang menutupi dasar periuk (agak banyak) dan tumis halba campur kemudian masukkan bahan yang dihiris/tumbuk/kisar. 

Tujuan minyak diletak banyak sedikit banyak, adalah untuk memastikan rempah kari garing dengan betul dan kari juga akan nampak cantik, rasanya pun lebih sedap. 

2. Kemudian masukkan rempah kari tumis hingga betul betul garing.( Boleh campur dengan air dulu rempah kari ikan).

3. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.

4. Bila sudah garing (untuk tahu ia garing bila sudah mula terbit minyak atas kari), masukkan ikan satu persatu.



6. Kacau perlahan, masukkan lagi air secukupnya. Kemudian masukkan air asam jawa.


Kari Ikan Merah


7. Boleh masukkan santan pula dan kacau rata hingga kuah kari mendidih untuk pastikan santan tidak pecah minyak (terpisah dari kuah).

8. Kemudian masukkan pula tomato, bendi,cili dan kacau lagi sehingga betul betul mendidih dan pastikan bendi empuk.

Kari Ikan Merah

Kari Ikan Merah 



9. Bila bendi dah empuk dan kuah pun dah mendidih bolehlah dihidang.

Kuah kari ni kalau makan dengan nasi panas panas dan juga telur masin atau ikan masin memang terangkat. Ataupun letak sedikit kicap masa makan memang menambah nambah nasi lah jawabnya.


Kari Ikan Merah bersama nasi dan telur asin.


Boleh tonton video lengkap di sini :-




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Writter

Fulltime Blogger | Housewife | 
Work on Busines Online 
 For Collabration, Review, Advertorial, 
Event, Sponsor and others. 
Please contact me :
Rohana Abd Jalil (hana hanis)
hanahanis0304@gmail.com 

Total Pageviews

JEMPUT FOLLOW

Sis Hanna

HUBUNGI HANA HANIS:

Name

Email *

Message *

Popular Posts

  • Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style
  • Zetter Suite Cameron Highland : Dekorasi Mewah Victorian-Theme Style Menambah Seri Percutian Di Tanah Tinggi Ini.
  • Resepi Mee Rebus Johor atau nama lain Mee Jawa | Resepi istimewa dari Ibu Mertua

CORETAN HANA HANIS

  • ▼  2021 (8)
    • ▼  July 2021 (7)
      • Cara Masak Pulut Kuning Yang Paling Senang Tak Ber...
      • Resepi Spaghetti Aglio Olio Versi Tekak Orang Mela...
      • Resepi Nasi Lemak Dan Juga Rahsia Sambal Tumis IKa...
      • 13 Perkara Perlu Dielakkan Untuk Kempiskan Perut Y...
      • 5 Tempat Makan Ala Western Yang POPULAR Dan Sedap ...
      • Resepi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap
      • Resepi Ayam Masak Kam Heong Yang Harum Buat Orang ...
    • ►  June 2021 (1)
      • Resepi Kari Ikan Merah
  • ►  2020 (7)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (28)
    • ►  December 2019 (1)
    • ►  November 2019 (9)
    • ►  October 2019 (18)

KATEGORI PILIHAN

  • Aktiviti anak
  • Cameron Highlands
  • Cuti cuti
  • Ebook
  • Family Trip
  • Health
  • Info
  • Johor Bahru
  • KHM Strawberry & Jem
  • KHM Strwaberry & Jam
  • Lifestyle
  • Makan makan
  • Masak masak
  • Muzium 3D
  • Parenting
  • Pasar Malam Cameron Highlands
  • Pulau Tioman
  • Resepi
  • Santai
  • Santapan Rohani
  • Self Enhancement
  • Taman Lavender
  • Tips
  • Travel
  • Zetter Suite Hotel Apartment

FOLLOWER

Search This Blog

EBOOK

Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose