Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sangat Senang Disediakan

by - Sunday, January 05, 2020

Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah | Selamat tengah hari gais..

Baru nak up resepi Ayam Goreng Berempah yang enak dimakan begitu sahaja ni. Biasanya ayam goreng berempah ni dimakan dengan nasi kukus kuah kari, nasi lemak atau  nasi minyak tapi semalam anak anak makan ratah macam tu je.

Tak sempat nak di makan dengan nasi dah macam ayam goreng KFC dibuatnya.Takpelah janji korang suka.

Resepi tiada yang secret sis cuma follow aje resepi dari en google dan juga dikombinasikan dengan apa yang sis belajar dari orang orang yang dah biasa buat ayam goreng berempah.

Baru baru ni resepi Ayam Goreng Berempah ni sis buat dan makan pula bersama nasi lemak..erm..memang terangkat rasanya. 

Resepi ayam goreng berempah style sis hana.

Bahan-bahan:-

Ayam seekor
3 sudu serbuk kari
3-4 sudu cili kering yang dikisar
4-5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
Halia 1 1/2 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Serai 2-3 batang* (potong panjang panjang dalam 1 inci untuk dapat efek habuk pada ayam lepas digoreng)
Lengkuas 1/2 inci*
Ketumbar 1 sudu besar*
Jintan manis 1 sudu besar*
Jintan putih 1sudu besar*

Cara membuatnya:-

1. Blend semua bahan bertanda*
2. Selepas ayam dibersihkan perapkan bersama bahan kisar, cili kisar, serbuk kari
3. Perapkan selama 1jam.Kalau lebih lagi meresap rasanya.

Ayam Goreng Berempah

4. Lepas dah perap boleh lah start goreng sampai garing.

5. Nak bagi ayam betul betul garing dan tak hangus bila minyak dah masak 5 minit pertama pakai api kuat, kemudian perlahankan sedikit api.. Bila dah nak hampir garing kuatkan semula minyak. 

Boleh dihidangkan. Sedap betul kalau dihidang bersama nasi lemak memang habis semua plan nak diet.

Erm..senangkan sebenarnya nak buat ayam goreng berempah ni.Jangan lupa cuba buat tau!






You May Also Like

0 comments