• Home
  • Info
    • Parenting
    • Self Enhancement
    • General
    • Santai
  • Travel
  • Health
  • Lifestyle
    • Mom Cooking
    • Tips
  • Busines
    • Ebook
    • Produk Review
  • Contact
  • Sitemap
  • Disclaimer
center>
 Subscribe  Add Me  Follow Me  Follow Me



Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style | Waktu balik kampung belah suami di Endau Johor kitorang lalu Rompin nampak udang galah banyak jual di tepi tepi jalan.

En Suami memang penggemar udang sejati.Tiap kali kalau ada musim memang tak sah tak beli. Bila dah beli masak kat uma mak mertua.

Biasanya masak sambal berlada, tapi kali ni beli udang galah bawa balik ke Kluang dan sis hana lah kena masaknye.First time ni masak udang galah.

Kali ni Udang Galah Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style. First time tapi alhamdulillah, menjadi.

Meh sis share resepinya.Sangat lah senang dan bahan pun sikit je.

Bahan-bahan : 

Udang galah 10-12 ekor.

Santan pekat anggaran dalam 500ml-1 liter

Santan cair anggaran dalam 500ml-1liter kalau nak kuah banyak tambah air lagi.

Kalau guna santan kotak ambil yg 250ml campur ngan air.Jangan pekat sangat.

Cili padi dalam 12 biji nak pedas tambah lagi.

Kunyit hidup 1 1/2 inci.

Serai 1-2 batang.

Asam keping.

Bawang merah sebiji(tak letak pun tak pe)

Kalau ikutkan masak lemak cara org negori memang tak letak bawang langsung.

Cara memasak :-

1. Lepas dah bersihkan udang kisar kunyit dan cili padi.

2. Masukkan bahan kisar dalam periuk tambahkan santan cair dan kacau bila dah agak pekat masukkan udang.

3. Masukkan serai dan asam keping.Lepas dah masuk semua bahan kena selalu kacau kalau tak kuah akan berketul ketul.

4. Bila kuah dah menggelegak masukkan pula santan pekat.Kacau sehingga lah mendidih.Kalau nak kuah banyak tambah lagi air.

5. Kuah masak lemak jangan terlalu cair kena pandai agak kepekatan.

6. Dah mendidih tutup api dan baru masukkan garam.

P/s: Kena kerap kacau untuk elak santan berketul ketul.

Masakkan udang dengan santan cair atau air dulu baru masukkan santan pekat.

Siap sudah.Boleh cuba tau! Senang sangat.Jangan risau makan santan ori tak menggemukkan pun.Yang buat gemuk gula + nasi berlebihan.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Zetter Suite Hotel Apartment : Dekorasi Mewah Victorian-Theme Style Menambah Seri Percutian Kami Di Cameron Highlands. | Kembali lagi ke Cameron Highlands selepas 6 tahun.

Kali ke 4 bercuti ke sini dan kali ini kami berlima.Cameron Highlands antara tempat dalam Malaysia yang sis pergi banyak kali selain Pulau Tioman, Genting Highlands.

Tak jemu datang banyak kali ke Cameron Highlands sebab suhunya yang sejuk . Sesekali dapatlah menenangkan jiwa serta melepaskan lelah daripada urusan harian menguruskan hal rumah dan anak anak.

Selain daripada itu, kepelbagaian jenis bunga bunga yang berwarna warni serta sayur sayuran yang sangat murah antara daya penarik di Cameron Higlands.Ops! Tak lupa juga dengan strawberry nya kalau beli kat tempat lain berapa biji je dah berpuluh ringgit harganya.

Di kebun kebun strawberry Cameron Highland siap boleh petik sendiri dengan harga sangat berbaloi.Sampaikan tak habis makan dibuatnya.

Setiap kali bercuti ke sini kami menginap di tempat yang berbeza.Pernah memilih homestay rumah dua tingkat kerana bercuti satu keluarga besar, hotel dan kali ni hotel apartment.

Pemilihan tempat menginap penting bila dah beranak ramai ni.Kalau stay di hotel biasa kos agak tinggi kalau nak pilih bilik lebih luas, katil yang besar dan kalau anak dah besar terpaksa ambil dua bilik.Macam sis anak 3 dan masih kecil kadang kadang ambil je hotel satu bilik tapi kena tengok keluasan bilik.

Untuk percutian kali ini kami berlima memilih Zetter Suite Hotel Apartment untuk percutian 4 hari 3 malam kami di Cameron Highlands. Dekorasi ala Victorian-Theme manampakkan gaya mewah dengan harga yang berpatutan menambah seri percutian di Cameron Highlands ni.

Ruang Lobby Zetter Suite
Ruang lobby yang di hias sederhana tapi nampak mewah dan sangat menarik. Walaupun bukan bertaraf hotel 5 bintang tetapi hiasan dalamannya sejuk mata memandang dan nampak kemas.

Biasanya kalau di tempat lain yang berkonsep "service apartment" tiada lobby yang besar, kalau ada pun just meja pendaftaran.Tetapi mungkin konsep di sini "hotel apartment" jadi dekorasi ruang lobby turut di utamakan pemiliknya.

Lobby Zetter Suite Hotel Apartment


Lobby Zetter Suite Hotel Apartment
Pemanas api tiruan, bukan keluar api tapi lampu yang keluar.Kalau rumah lama lama di Cameron Highlands ni memang banyak yang ada pemanas api sebab suhu dulu dulu kalau ikut rekod suhu pernah mencecah 11°c. 

Sekarang ni je tak sejuk sangat sebab dah banyak pembangunan.Dan juga isu pemanasan global.
Lobby Zetter Suite
Kaunter pendaftaran Zetter Suite
Masa kami sampai dalam pukul 3.30 petang orang tak berapa ramai nak check in.So, takdelah menunggu lama sangat.Dapat kunci terus check in.

Last check in pukul 7 petang ye.Kalau sampai lewat kaunter tutup.Takde pekerja dah.So, agak agak sampai malam kena inform diorg awal awal.Kalau tak alamat tak masuk biliklah jawabnya.

Ruang tamu ada balkoni menghadap jalan 
Kalau ada yang nak stay di sini pastikan korang cek betul betul dia punya keadaan bilik, paip tak bocor, lantai tak berair, sofa dan karpet tak berbau hapak, tuala mandi disediakan.

Ada suite yang biliknya kondisi agak teruk.Walaupun cantik tapi keadaan sofa berbau hapak macam tak terjaga.Kalau terkena bilik macam tu boleh komplain dan minta tukar bilik. 

Yang lain lain ok je.Dari segi dekorasi dia memang menarik sesuai dengan namanya hotel aparment.Bilik Air bersih keadaan suite pun bersih.

Ruang makan dan dapur 
Meja solek pun sedondon dengan semua perabot dalam apartment ni.Konsep yang sama.

Apartment 1 bilik.
Jenis-jenis bilik Zetter Suite Hotel Apartment:-

Ada 4 jenis bilik di tawarkan di Zetter Suite Hotel Apartment ni.

1. Deluxe Queen Studio -  1bilik 1 katil queen.

2. Deluxe Apartment - 2 bilik setiap bilik ada 1 katil queen.

3. Duplex Apartment - 2 bilik dan lebih luas dari Deluxe Apartment. Satu bilik ada 1 katil queen dan satu lagi bilik ada 2 katil single.

4.Penthouse Apartment - Ada 3 bilik.Dua tingkat.Katil queen pada setiap bilik.

Bilik tidur 1katil queen.Sila bawa selimut dan toto lebih.Kalau anak ramai boleh tidur di ruang tamu.Nak lagi selesa pilih suite yang dua bilik.

Televisyen ada banyak juga siaran boleh tengok tapi sebab datang sini bukan nak tengok tv kan.Malam malam jelah on.Lepas dah penat jalan jalan.

Hiasan dinding.Gambar yang menarik.

Kipas ni sekadar hiasan.Sebab sepanjang kami menginap disini tak on langsung kipas.Pakai angin semulajadi.

Ada tempat masak tapi tak boleh masak.Microwave pun ada untuk panaskan lauk.Kettle disediakan.

Lampu hiasan yang cantik.
       Permandangan dari koridor.Suhu masa ni sekitar          17-21 °c.
Awan mendung tapi tak hujan.Sejuk sangat time ni.Macam duduk dalam aircond.

Zetter Suite Hotel Apartment

Zetter Suite Apartment Hotel  terletak di tengah tengah antara Tanah Rata dan Brinchang. Boleh tempah sekali dengan sarapan di booking.com atau Agoda sebab ada Boutique Cafe di sebelah lobby.

Kalau taknak pun tak pe sebab dibahagian bawah apartment ada deretan kedai makan dan juga kedai serbanika 7Eleven.Ada juga kemudahan dobi layan diri.

Lokasi yang pada sis sangat strategik. Memang berdepan dengan Pasar Malam Cameron Highlands. Kebanyakkan tempat menarik berada di Brinchang jadi senang dan dekat kalau nak bergerak ke mana mana.

Macam kami sampai hari Khamis petang terus berehat yelah 6-7 jam perjalanan dari Kluang.Mahu tak patah pinggang.So, sampai je petang kitorang just menikmati rasa sejuk dari bilik je.Tak kemana mana.

Sebelah malam pula makan malam di kedai nasi Arab Mandey kat bahagian bawah apartment je.Banyak lagi pilihan kedai lain di sini.Steamboat pun ada tapi di bangunan lain.

Hari Jumaat esoknya baru kami start bergerak ke tempat tempat menarik di Cameron Highlands.Malam tu gigih search internet dan siapkan list tempat yang wajib dikunjungi esoknya.

Kalau datang dari arah Tapah korang akan lalu Ringlet lepas tu Tanah Rata dan barulah jumpa Cameron Golden Hills ni.Kalau datang dari arah Simpang Pulai akan melalui Kampung Raja, Kuala Terla, Tringkap pastu barulah jumpa Brinchang.

Sis suggest guna exit Simpang Pulai walaupun dari arah selatan.Kalau guna Tapah nak turun bolehlah.

Lagi satu kalau ikut Simpang Pulai akan jumpa Avant Chocolate Cameron Highland, dan Taman Lavender dulu.Bolehlah singgah sebelum naik ke Brinchang sebab agak jauh lagi nak naik ke atas.Melainkan kalau nak singgah masa nak balik nanti.

Pada sis penginapan di Zetter Suite ni paling strategik dan tengah tengah.Nak lagi best leh tempah di Nova Hotel.Lagi dekat nak ke Taman Rama-rama, Muzium 3D Cameron Higlands dalam Mall Cameron Square, dekat nak ke Time Tunnel, Kea Farm.

Cuma kat Nova Hotel agak sesak dan busy sikitlah berbanding di Golden Hills.Golden Hills lebih tenang crowded bila ada pasar malamlah.Apapun Cameron Highlands the best.Pasti akan datang lagi kalau ada rezeki panjang umur.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

KSL Hotel and Resort Johor Bahru Siap Dengan Taman Tema Yang Cool Untuk Anak Anak | Throwback Entry. Kepada warga Johor Bahru khususnya serta anda yang berada sekitarnya apa kata memenuhkan aktiviti hujung minggu anak anda dengan sesuatu yang menyeronokkan.

Sesekali kalau bawa anak jalan jalan menginap di hotel ada taman tema menarik juga kan.

KSL Hotel & Resot Johor Bahru menawarkan percutian yang sangat selesa dan dilengkapi taman tema sesuai untuk anak di bawah umur 12Tahun. Bertemakan dinasour, Dinasour Alive Theme Park ini ada beberapa jenis aktiviti air untuk kanak kanak yang diasingkan kepada beberapa kolam. 

Idea yang menarik,bukan apa, biasanya pergi hotel anak anak mesti tanya "ada kolam tak?" memang banyak hotel ada kolam tapi bila sekali ngan taman tema ni lebih meriah.Tak perlu fikir nak kemana, stay kat hotel je dah cukup puas hati.

Lebih menarik sebab hotel ini dilengkapi pusat membeli belah di bawahnya.Memang senang lah nak cari makan. Hotel ini menawarkan dua jenis penginapan satu jenis hotel seperti biasa satu lagi residence stay.Tapi kalau nak dekat dengan taman tema ni pilih yang jenis hotel biasa je.

Masa kitorang pergi beberapa bulan yang lalu harga tiket masuk RM10 untuk dewasa dan untuk kanak kanak yang menginap dihotel T.tema ni berasingan dengan kolam mandi yang ada di hotel. Cuma ia dalam satu kawasan yang sama.Nak masuk kena bayar.

Pengunjung luar yang nak masuk tanpa menginap di hotel pun boleh. Tiket masuk RM50 dewasa RM30 kanak kanak.Tapi kalau nak dah dua tiga orang lebih berbaloi stay je kat sini.Boleh mandi lama sikit.



LOCATION: 
KSL HOTEL & RESORT JOHOR BAHRU
KSL DINOSAUR ALIVE WATER THEME PARK, Level 7
Address: 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Operation Hours:
9:00am – 7:00pm Daily
Entry Fee - Hotel Guest:
RM 10 only for hotel in-house guest per person per day
Entry Fee - Walk In/ Non Hotel Guest:
Adult - RM50.00nett
Child (5-12 years old) - RM30.00nett

* Child below 5 - FOC 

Gambar gambar sekitar Dinasour Alive Theme Park.



Photo Kredit : Norazlin Nordin






Terima kasih kerana membaca blog ini. Jangan lupa follow blog ini dan jemput singgah lagi kali.Jangan lupa klik share untuk manfaat bersama.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah | Selamat tengah hari gais..

Baru nak up resepi Ayam Goreng Berempah yang enak dimakan begitu sahaja ni. Biasanya ayam goreng berempah ni dimakan dengan nasi kukus kuah kari, nasi lemak atau  nasi minyak tapi semalam anak anak makan ratah macam tu je.

Tak sempat nak di makan dengan nasi dah macam ayam goreng KFC dibuatnya.Takpelah janji korang suka.

Resepi tiada yang secret sis cuma follow aje resepi dari en google dan juga dikombinasikan dengan apa yang sis belajar dari orang orang yang dah biasa buat ayam goreng berempah.

Baru baru ni resepi Ayam Goreng Berempah ni sis buat dan makan pula bersama nasi lemak..erm..memang terangkat rasanya. 

Resepi ayam goreng berempah style sis hana.

Bahan-bahan:-

Ayam seekor
3 sudu serbuk kari
3-4 sudu cili kering yang dikisar
4-5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
Halia 1 1/2 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Serai 2-3 batang* (potong panjang panjang dalam 1 inci untuk dapat efek habuk pada ayam lepas digoreng)
Lengkuas 1/2 inci*
Ketumbar 1 sudu besar*
Jintan manis 1 sudu besar*
Jintan putih 1sudu besar*

Cara membuatnya:-

1. Blend semua bahan bertanda*
2. Selepas ayam dibersihkan perapkan bersama bahan kisar, cili kisar, serbuk kari
3. Perapkan selama 1jam.Kalau lebih lagi meresap rasanya.

Ayam Goreng Berempah

4. Lepas dah perap boleh lah start goreng sampai garing.

5. Nak bagi ayam betul betul garing dan tak hangus bila minyak dah masak 5 minit pertama pakai api kuat, kemudian perlahankan sedikit api.. Bila dah nak hampir garing kuatkan semula minyak. 

Boleh dihidangkan. Sedap betul kalau dihidang bersama nasi lemak memang habis semua plan nak diet.

Erm..senangkan sebenarnya nak buat ayam goreng berempah ni.Jangan lupa cuba buat tau!






Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Sumber image:- Johor Now

2 hari 1 malam di The Container Hotel Kluang Yang Tidak Mengecewakan | Pengalaman berbeza menginap di hotel yang berkonsepkan kontena.Selalunya kitorang stay dinding batu. Kali ini stay dalam kontena.

Masa dapat tahu ada hotel kontena buka kat Kluang ni rasa teringin juga nak stay sini. Walaupun sebenarnya kitorang punya rumah jaraknya beberapa kilometer je.  Yela nak tengok macam mana lah dinding bilik nya dibuat, dinding bilik air lagi.

Bila dapat peluang yang diidamkan apalagi packing beg jalan terus. Masa sampai dah rasa sangat best sebab ada kawasan macam padang rumput.

Tidak begitu luas tapi cantik dan ramai yang tempah kawasan hotel ini untuk buat majlis perkahwinan, raikan harijadi, majlis makan malam.

The Container Hotel Kluang

Biliknya pula direka dengan hiasan dalaman berkonsepkan moden.Macam hotel bertaraf 4*.

The Container Hotel Kluang

Masa kitorang stay sini tak ramai sangat pengunjung lain so boleh pilih bilik berhadapan kolam dan di tingkat bawah.

Yang paling menarik pastinya kolam renang nya.
Bilik pula tingkat bawah dan betul betul depan kolam.Memang syoklah si anak kanda bermandi manda.

Dia ada asingkan kolam dewasa dan kanak kanak.


The Container Hotel Kluang

The Container Hotel Kluang

The Container Hotel Kluang

The Container Hotel Kluang

The Container Hotel Kluang


Bukan si anak je seronok main air dengan mak ayahnya pun masuk air.Sekali sekala melepaskan lelah. Siap ada slide kat kolam renang maka memang susah nak masuk bilik.

Kat bawah ini pula bahagian ke dua Container Hotel Kluang. Kami tak stay bahahian ni sebab fully booked. Tapi konsep yang sama moden dan ada kolam renang juga disini.

Overall pengalaman stay di Container Hotel Kluang memang best.Suasana lain sikit dari stay di hotel biasa.Kalau ada rezeki lagi pasti kitorang datang lagi sini.




Kalau korang merancang bercuti ke selatan apa kata singgah di sini Kluang, Johor.Banyak tempat lain yang korang boleh pergi antara nya Ayer Hitam (bandar ceramic), banyak kedai menjual pasu, barangan kraftangan, langsir, karpet dan barangan pengantin.

Selain tu, tak sah kalau ke Kluang tidak singgah ke Kluang Railway Coffee, sambil makan tengok keretapi lalu.Kalau berminat aktiviti lasak boleh ke Gunung Lambak Rekreasi Park.

Kalau nak mandi air terjun boleh ke Gunung Berlumut.Semua dalam jarak yang dekat dekat.Cuma nak ke Gunung Berlumut jauh sikit.

Minat makan western food jom baca sini

👉 Leezo Restaurant Kluang

Maklumat lanjut :-
Kluang Container Hotel 
Jalan Dua, Kluang

No telefon:-
+6012-7237388

Website:-
http://www.kluangcontainerhotel.com/

Facebook:-
https://m.facebook.com/kluangcontainerhotel/

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Rendang Ayam 



Resepi Rendang Ayam Semudah ABC.

Assalamualaikum dan hai gais..

Harini mood rajin datang.Biasanya kalau nak makan rendang kena tunggu hari raya.Rendang air tangan mak memang terbaik dan tersedap setakat ni lah.

Tetiba masa sarapan pagi tadi kat Kluang Railway, si kakak minta nasi lemak ayam rendang.Aik macam pelik je tetiba minta menu lain.

Bila sampai dia kata "ehh..kenapa macam ni? Ingatkan yang macam ada habuk habuk tu". Rupanya dia bayangkan ayam goreng berempah.Salah sebut nama.

Takpelah makan je.Maka ibu pun dapat idea masakan tengah hari Rendang Ayam Semudah ABC.Dah boring asyik masak kari kita try masak rendang pula.

Resepi ni sis ambil dari my mom's punya resepi + resepi dari blog en google.Rupa itu ada cuma rasa tak sesedap air tangan mak yang sebenar.Lagipun sis ejas sikit kasi tak pedas sebab ada anak anak kecil nak makan sekali.

Jom tengok apa resepinya kat bawah ni.

Bahan untuk dikisar


Resepi Rendang Ayam Semudah ABC.

Bahan bahan :-

Ayam 1 ekor (lebih kuranglah)
Daun kunyit sehelai yang lebar
Daun limau purut 3-4 helai
Rempah kari 2 sudu (resepi lain banyak tak letak ni)
Cili kisar 3-4 sudu (kalau nak pedas letak banyak sikit)
Kerisik 2-3 sudu
Santan kelapa satu mangkuk

Bahan kisar:-

Serai 3 batang*
Bawang merah 6 ulas *
Bawang putih 5 ulas*
Halia 1 inci setengah*
Kunyit hidup*
Lengkuas 1/2 inci *


Cara membuatnya:

1.Kisar semua bahan bertanda *
2.Masukkan dalam kuali bahan yang sudah dikisar bersama cili kisar dan rempah kari 
3.Renehkan sampai pecah minyak. Tambahkan sedikit minyak.
4.Letak sikit air supaya tak kering sangat
5.Bila dah pecah minyak dan agak kering masukkan ayam gaul sebati
6.Masukkan santan kacau sampai pekat
7.Masukkan kerisik kacau sebati
8.Taburkan daun kunyit bila dah agak pekat
9.Perasakan dengan garam pink himalaya dan juga lakanto(pemanis semulajadi)/ eryhtol,xylitol/stevia.

P/s : Step no 9 pakai je garam dan gula biasa kalau tak on diet.Ikut rasa tekak memasing.

Senang sangat nak buatnya walaupun nampak bahan yang banyak, tapi taklah leceh sebab tu namanya rendang ayam semudah ABC.Bolehlah tambah dalam menu bulanan.

Cuma untuk kes sis tadi terpaksa buat kerisik sendiri sebab tak de kerisik dalam stok.Nasiblah dulu dulu selalu tolong mak buat kerisik.So, berguna jugalah ilmu membuat kerisik tu.

Cara buat kerisik 

1. Ambil dalam segenggam kelapa parut.(kes buat nak masak rendang je)
2. Kalau nak buat banyak untuk stok pun boleh
3. Sangai atau goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kering.(warna seakan bertukar ke perang.Jangan sampai hangus pula.
4. Api sentiasa sederhana je tau
5. Dah betul betul kering masuk dalam batu lesungvdan tumbuk sampai hancur dan keluar minyak.
6. Ta da..siap sudah kerisik express ku.




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Cosy Modern Centra Residence.

Percutian Singkat Kami Di Johor Bahru : Dekorasi Moden Dan Simple di Cosy Modern Sentra Residence, Nasa City Menambat Hati.



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog sis hana hanis ni.

Tahun baru 2020 dah muncul baru ada masa nak story dalam ni.Macam biasa bila cuti sekolah masing masing ada agenda nak bawa anak pergi bercuti.Tenangkan fikiran, rapatkan bonding.

Masa nilah dapat bercuti ramai-ramai.Kalau tak masing masing sibuk dengan jadual sendiri.Tiap tahun cara nak rapatkan ikatan kekeluargaan sis pastikan setiap tahun ada perancangan percutian keluarga besar.

Seperti tahun tahun sebelum ni, kami pernah  bercuti ke Pangkor, Gold Cost Morib, Eagle Ranch Port Dickson dan beberapa lagi tempat yang dekat dengan Melaka.

Memang tak semua dapat join tapi sekurang kurangnya ada aktiviti keluarga.Kalau nak semua join biasanya bila aktiviti di kampung macam raya atau kenduri barulah semua dapat berkumpul.

Kali ni kami pilih Johor Bahru sebagai pilihan percutian singkat kami dan memilih Cosy Modern Sentra Residence ,Nasa City untuk homestay jenis apartment. Mulanya pilih nak ke Desaru tetapi dibatalkan last minit bila dapat tahu banjir di jalan Kota Tinggi.

Reason besar pilih homestay jenis apartment sebab nak anak anak enjoy mandi kolam.Kalau nak pilih landed homestay kalau ada kolam kos mungkin tinggi sikit.Kira oklah dapat stay kat Cosy Modern Sentra Residence ni.

Cosy Modern Sentra Residence, Nasa City Dekorasinya Moden Dan Simple Tetapi Tetap Menawan.

Kalau bercuti di Johor Bahru, pilihan tempat tinggal sangat banyak cuma tengok pada kapasiti dan bajet je.Pastu search aje di booking.com ada jenis hotel, apartment homestay, homestay biasa.

Kalau rasa ramai better pilih homestay.Lebih jimat dan berbaloi.Kalau pilih hotel tak dapatlah berkumpul ramai ramai sebab masing masing duduk dalam bilik. Bila cuti cuti biasanya time tulah nak borak panjang bila malam malam.Lagi lagi kalau dengan adik beradik yang hanya berhubung melalui wasap group je.haha.

Memang pilihan tempat tinggal berkonsepkan homestay sangat digalakkan kalau dah ramai ramai.Cuma ada sedikit leceh kalau memilih apartment homestay.Yelah kad access satu je yang diberi, setiap kali nak keluar nak kena lalu guard, parking pun terhad nak cek in sedikit leceh sebab takde lobby.

Tapi tengok juga jenis apartment, ada yang masuk subhome disediakan lobby untuk cek in.Kalau tak kenalah pergi peti surat dan ambil access kad.Tapi still ok lah.

Kali ni di Cosy Modern Centra Residence, Nasa City betul betul tepi highway area bandar Dato' Onn, Nasa City. Area sini ada kemudahan yang rasanya boleh dikatakan lengkap. Ada Aeon, kedai runcit, restoran walaupun bukan dalam satu bangunan tapi still easy to access pakai kereta.

Kemudahan yang ada dalam Cosy Modern Residence.

Bilik tidur depan

Bilik tidur depan

Bilik tidur tengah

Bilik tidur utama

Televisyen dan siaran yang agak banyak

Ruang dapur siap peti ais, microwave.

Ruang dapur untuk memasak

Peralatan masak yang ada

Ruang tamu sangat luas.Siap ramai ramai tidur luar.

Ruang tamu yang sangat luas dan selesa.Kami datang 9 dewasa dengan 6 kanak kanak masih lagi selesa.Apartment ni ada 3 bilik.

Siap boleh masak masak kalau korang rajin. Meja makan disediakan dan siap ada island bar counter. Macam ada dua meja makan. Mesin basuh pun disediakan.Nak basuh baju pun senang sebab ada koridor nak keringkan.

Setiap bilik dekorasi dia ala ala hotel.Cadar putih, comforter tebal, bantal gebu macam dekat hotel tuala mandi pun disediakan. Memang sis suka. Terasa macam nak sediakan bilik kat rumah sendiri deko ala hotel macam ni.


Ruang tamu simple tapi luas.

Sofa bed pun ada.

Sofa dia besar, boleh jadi katil untuk tidur.Ceh.. relax je si kakak macam rumah sendiri.Memang bersih dan tak berbau pun sofa ni.Tak tahulah sebab baru lagi atau macam mana.Harap selamanya dikekalkan bersih.



Anak anak dah siap dengan aktiviti diorg. Koridor dia pun luas masing masing gayat sebab dapat tingkat 10.Nasib bukan tingkat 20 ke atas.

Kolam mandi luas serta bersih.

Biasanya apartment mesti ada fasilities diorang sendiri untuk sesiapa yang jadi residences. Bila residences jadikan apartment diorg homestay so, automatik lah kita boleh guna fasilities yang disediakan.

Macam di Cosy Moden Sentra Residence ni ada kemudahan, kolam renang, gymnasium, sauna cuma tak nampak playground dia.

Oklah tu, budak budak dah  enjoy mandi kolam. Itupun dah penat dan happy sangat dah diorg.Kolam di sini boleh tahan luas dan 


Kolam di tingkat 7.Nice view.


 

Memasing dah ready nak masuk kolam.

Kolam mandi budak 

Kemain masing masing berendam.Dan tak terlalu sesak sebab residence kat sini pun masih tak ramai.Rezeki kali ni.

Kalau tak habis penuh kolam naik risau pula air tercemar.haha.Ok kat sini guard dia sangat strict, kalau tak pakai pakaian renang dia tak bagi masuk kolam. Kami yang mak mak main curi curi masuk. Jadilah buat rendam rendam badan kejap.

Dah penat berendam malam mula mencari tempat menarik yang boleh dilawati di Johor Bahru malam hari selain tempat makan sebab masing masing ada bawa bekal yang banyak dari rumah.

Antara tempat menarik di Johor Bahru : 

Kalau bercuti ke Johor Bahru yang paling glamour tentunya Legoland.Kalau bajet tinggi boleh spend masa kat Theme Park, Water Park, Sealife Legoland.

Tapi macam kitorang tak pergi ke Legoland just ke Angry Bird Activity Park yang terletak di JBCC Komtar Tingkat 3.

Boleh baca review disini https://www.sishanahanis.com/2019/10/full-of-fun-and-activities-at-angry.html?m=1

Malam malam hari lepas dah habis mandi manda kitorang pergi ke Danga Bay. Anak anak seronok main permainan di mini amusement park.

Harga setiap permainan antara RM4 ke RM10. Untuk dewasa pun boleh main juga.
Ada roller coaster, bumber car, pirate ship, train, kuda pusing, cawan pusing dan banyak lagi pilihan permainan.Cukup puas hatilah untuk anak anak.






Tempat lain yang menarik waktu malam boleh ke Bazar Karat Johor Bahru, Jalan Sengget JB. Kalau korang minat nak mencari barang barang bundle ke di sinilah tempatnya.

Sambil ke Danga Bay tu boleh singgah di Laman Istana Bukit Serene.Ada hiasan lampu berwarna warni dan juga pancuran air terjun.

Ada juga sebuah mahkota besar yang di sinari lampu berwarna warni sesuai kalau nak bergambar. Memang jadi tumpuan ramai untuk lepak malam malam hari.

Esoknya lepas puas main kat Angry Bird Activity Park kami makan tengah hari di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Nama kedai ni Rahmat Siakap Goreng.Dibuka sejak 1986. Ni dah masuk generasi ketiga yang uruskan.

Dia punya pantas, korang sampai je terus order nanti duduk kat meja semua makanan pun sampai.Paling glamour siakap gorengnya yang segar dan tak rasa hanyir.

Restoran ni betul betul menghadap Singapore tapi tak pasti bahagian mana.Dan ia terapung di atas laut.Boleh nampak kelong kelong orang pasang di tengah laut.

Peak hour wakti tengah hari memang penuh meja.Tapi jangan risau staf dia akan sebolehnya carikan meja untuk customer yang hadir.Memang terbaik kedai ni.





Lepas dah makan semua keletihan maka aktiviti petang sepatutnya nak ke Forest City ditangguhkan esok hari.Petang tu lepak mandi kolam kat homestay malam pun semua main order Food Panda je.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik boleh dikunjungi tapi sebab kepenatan maka hanya beberapa tempat je dapat kami pergi.

Kalau nak tengok kapal kapal mewah boleh ke Puteri Harbour. Di Puteri Harbour pun ada tarikan lain untuk anak anak seperti Taman Tema Hello Kitty Town, Thomas Town dan juga deretan kedai seperti Toys r Us dan lain lain ada dibuka di Puteri Harbour, Iskandar Johor.


Permandangan di malam hari di Puteri Harbour.
Sebelum masing masing pulang ke sarang singgah ke bergambar kenangan di Forest City, Gelang Patah.Kalau tak singgah entah bila lagi ada rezeki ke sini lagi.







Di Forest City ni pun ada taman tema air yang baru dibuka. Tapi kalau nak main kat sini pakaian mandi memang kena lengkap tak boleh pakai tshirt biasa, baru boleh masuk.

Next time boleh ke taman tema airnya pula.Setakat ni tiket masuk RM15 satu kepala.



Lepas dah puas bergambar, semua singgah ke Johor Premium Outlet (JPO) pula. Tak membeli pun sebab beratur bukan main panjang lagi. Year end sale memang sesaklah JPO.

Selesai sudah trip singkat kami ke Johor Bahru 21-22 December 2019.Anak anak enjoy dan paling penting ukhwah kami sekeluarga bertambah erat.Next time jom rancang ke destinasi lain yang lebih menarik.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

About Writter

Fulltime Blogger | Housewife | 
Work on Busines Online 
 For Collabration, Review, Advertorial, 
Event, Sponsor and others. 
Please contact me :
Rohana Abd Jalil (hana hanis)
hanahanis0304@gmail.com 

Total Pageviews

JEMPUT FOLLOW

Sis Hanna

HUBUNGI HANA HANIS:

Name

Email *

Message *

Popular Posts

  • Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style
  • Zetter Suite Cameron Highland : Dekorasi Mewah Victorian-Theme Style Menambah Seri Percutian Di Tanah Tinggi Ini.
  • Resepi Mee Rebus Johor atau nama lain Mee Jawa | Resepi istimewa dari Ibu Mertua

CORETAN HANA HANIS

  • ►  2021 (8)
    • ►  July 2021 (7)
    • ►  June 2021 (1)
  • ▼  2020 (7)
    • ▼  January 2020 (7)
      • Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api Negeri Sembila...
      • Zetter Suite Cameron Highland : Dekorasi Mewah Vic...
      • KSL Hotel and Resort Johor Bahru Siap Dengan Taman...
      • Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sangat Senang Dis...
      • 2 hari 1 malam di The Container Hotel Kluang Yang ...
      • Resepi Rendang Ayam Semudah ABC.
      • Percutian Singkat Kami Di Johor Bahru : Dekorasi M...
  • ►  2019 (28)
    • ►  December 2019 (1)
    • ►  November 2019 (9)
    • ►  October 2019 (18)

KATEGORI PILIHAN

  • Aktiviti anak
  • Cameron Highlands
  • Cuti cuti
  • Ebook
  • Family Trip
  • Health
  • Info
  • Johor Bahru
  • KHM Strawberry & Jem
  • KHM Strwaberry & Jam
  • Lifestyle
  • Makan makan
  • Masak masak
  • Muzium 3D
  • Parenting
  • Pasar Malam Cameron Highlands
  • Pulau Tioman
  • Resepi
  • Santai
  • Santapan Rohani
  • Self Enhancement
  • Taman Lavender
  • Tips
  • Travel
  • Zetter Suite Hotel Apartment

FOLLOWER

Search This Blog

EBOOK

Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose