Pasar Malam Cameron Highlands: Tapak Baru di Cameron Golden Hills Lebih Selesa.

by - Monday, November 04, 2019


Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar Malam Cameron Highlands : Tapak Baru di Cameron Golden Hills Lebih Selesa. | Sebelum ni tapak pasar malam di tengah tengah pekan Brinchang dan ia mengakibatkan kesesakan yang sangat teruk terutama hujung minggu dan cuti sekolah.

Masa sis pergi sekitar tahun 2013 dulu pun tak singgah pasar malam ni sebab sesak sangat. Just lalu je dan tengok dari jauh.

Sejak awal tahun 2017 pasar malam Cameron Highlands mula beroperasi di tapak baru di Cameron Golden Hills. Tapak baru di sini lebih selesa dan nampak teratur.Parking yang banyak juga disediakan.Yang penting bukan di jalan utama.

Disebabkan penginapan kami berhadapan dengan pasar malam ni, boleh jalan kaki je untuk melihat apa yang menarik di jual di sini.Kalau tengok dari apertment ni punyalah ramai pengunjung datang, dengan bas yang bawa rombongan, kereta dan mat mat motor pun ada.

Ada lebih 200 gerai yang menjual hasil penduduk tempatan seperti jagung mutiara,jagung susu, jagung bakar, keledek madu, strawberry segar, strawberry celup coklat, pokok bunga (tak banyak ada dalam 1-2 gerai), bunga segar pun ada, sayur sayuran dari ladang, jambu epal, goreng gorengan cendawan gireng, brokoli goreng dan banyak lagilah.Memang rambang mata dibuatnya.

Tapi hati hati kalau memilih jagung sebab ada jagung yang dibawa dari Ipoh.Kalau jagung mutiara di tanam di Cameron Highlands kulit hijau gelap.Kalau dari Ipoh cerah sikit warnanya.

Gerai cenderamata juga banyak. Dan jual macam macam jenis keychain, tshirt, bantal, sarung tangan, sarung kepala.Si kakak sampai dah rambang matabnak pilih keychain.Tak habis habis beli keychain.Harga pula serendah RM1.00 je, mana tak diborongnya.

Makanan berat macam nasi lemak, nasi hujan panas, nasi tomato, ayam bakar, kambing bajar, bebola cheese pun ada tapi tak berapa banyak gerai nak dibandingkan hasil tempatan.

Jalan jalan sepanjang pasar malam yang besar ni kebanyakkannya jual benda yang sama.Harga pun lebih kurang je.Kalau taknak pening dah jumpa satu barang yang kita nak beli terus.Tak perlu survey lagi sebab harga sama je.Kalau beza pun sikit je.

Orang terlalu ramai dan memang sesak.Kalau tak nak sesak datanglah awal petang atau waktu dah nak tutup tu.

Bebola keledek oren, purple.Pastikan siapa yang jual sebab bercampur dengan orang asli, Islam dan Cina pun ada jual.

Antara goreng gorengan yang menarik brokoli goreng.

Strawberry Dalam Box Di Pasar Malam Cameron Highland

Pasar malam Cameron Highlands.
Waktu Operasi:- 

Jumaat, Sabtu, Ahad :  3.00ptg - 11mlm

Cuti sekolah : Dibuka setiap hari.

Kesimpulannya kalau nak membeli makanan bolehlah singgah kalau tak better ke KEA FARM je sebab KEA FARM lebih banyak pilihan gerai dan pelbagai.Harga pun murah.

Kalau nak beli bunga segar pun better di Kea Farm, gerai yang jual lebih banyak.Jambu epal ke jagung, keledek madu semua sama je di pasar Kea Farm.

You May Also Like

0 comments