Panduan Untuk Ibu Ayah Dalam Memilih Tadika Anak Anak.

by - Wednesday, November 27, 2019




Panduan Untuk Ibu Ayah Dalam Memilih Tadika Anak Anak.| Cuti sekolah sudah bermula, ada ibu ayah yang sudah merancang awal persiapan persekolahan pada tahun depan supaya lebih mudah.

Tak kurang juga yang sibuk memilih tadika sesuai untuk anak anak mereka.Buat ibu bapa yang baru pertama kali ada anak nak masuk alam persekolahan mesti pening fikir tadika mana yang sesuai, mana yang baik dan sebagainya.

Berikut ada serba sedikit panduan untuk ibu ayah dalam memilih tadika anak anak anda nanti.



1. Bajet

Jika anda tinggal di bandar mungkin pilihan tadika swasta lebih banyak cuma bergantung pada bajet kewangan anda.

Tadika swasta yang memegang license franchise antaranya Little Caliph, Smart Reader, Genius Aulad, Brainy Brunch dan beberapa tadika yang popular lain yuran biasanya sedikit mahal berbanding tadika swasta persendirian yang ditubuhkan di taman taman perumahan.

Jika tiada bajet besar tiada salahnya menghantar anak ke Tadika Kemas, PASTI, tadika swasta lain yang jauh lebih murah yurannya.

Faktor kedua pula adalah:-

2. Jarak

Sudah semestinya jarak memainkan peranan juga dalam pemilihan tadika anak anak jika anda suami isteri bekerja.Kadang kadang nak pilih tadika kena pilih sama ada jarak dekat dengan rumah sebab senang nak hantar dan ambil.

Atau ada je yang memilih jarak tadika yang lebih dekat dengan tempat kerja supaya mydah nak pantau jika terjadi sesuatu.

Anda juga boleh memilih tadika yang jarak dekat dengan rumah pengasuh supaya nak balik transit lebih mudah.Jika salah sorang daripada ibu atau ayah yang stay at home parent so, terpulang untuk memilih tadika yang jauh cuma memikirkan minyak, tol (jika dibandar) nak ulang alik je nanti.



3. Konsep pembelajaran di tadika

Tadika zaman sekarang kebanyakkan mempunyai silibus yang lebih kurang sama kerana mereka harus mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan sewaktu penubuhan tadika.

Cuma pendekatan yang berbeza, contohnya kalau di Little Caliph tempat anak sis belajar dia lebih menekankan konsep mengenal Allah, Solat di awal usia, kaedah membaca phonic, banyak aktiviti sains dan grounding with nature.

Setiap pagi mereka akan solat Dhuha, setiap hari Selasa akan buat aktiviti Sains, art dan banyak lagi aktiviti lain akan diselitkan sepanjang pembelajaran.Anak anak lebih enjoy.

Tertarik dengan konsep mengenal Tuhan yang diketengahkan. Serta pembelajaran dalam bentuk bermain. Bukan sekadar duduk di meja dan cikgu terjerit jerit kat depan setiap hari.Mereka akan membaca one to one dengan teacher.

Jadi, dalam memilih tadika anak, ibu ayah perlu tahu serba sedikit kaedah pembelajaran yang di ketengahkan pihak tadika.Ada yang utamakan bahasa inggeris semua teacher cakap english tapi tak tekankan solat, ada yang menekankan agama, english biasa biasa, ada yang semua seimbang. Terpulang nak pilih yang mana.

4. Sikap guru

Ibu ayah perlu pantau sekolah yang dipilih sama ada guru guru yang ada di tadika tersebut terlalu garang tak bertempat, marah tak kena pada tempatnya.Denda yang bukan bukan.

Ada tadika yang mempunyai guru yang mulut celupar, ada juga guru yang over garang, terjerit jerit pada anak anak kecil.Kalau sis, memang reject tadika macam ni, sebab anak anak baru nk mulakan sesi pengenalan, nak sesuaikan diri dengan rakan rakan, bila cikgu terlalu garang mereka jadi takut nak ke sekolah.

Guru guru perlu ada sijil at least dalam perkembangan kanak kanak, dari situ mereka tahu apa yang perlu buat untuk kawal situasi yang gegak gempita bila anak anak semua berkumpul.Ataupun guru guru di tadika perlu mengikuti kursus perkembangan awal kanak kanak dari segi emosi, fizikal, sosial dan sebagainya.

Yup, sikap guru sangat mainkan peranan sebab ikut pengalaman sis, sebelum ni ada hantar di tadika lain, anak anak mengadu teacher cakap macam ni macam tu, keluar ayat yangbtak sedap dengar so, memang tak sesuai lah nak hantar di tadika macam tu.

5. Pengalaman orang lain.

Boleh juga lihat pada pengalaman jiran, adik beradik lain, sedara mara yang dah pernah hantar di tadika yang kita nak pilih tu.

Tengok apa perkembangan yang anak anak dapat di situ, lihat apa kaedah yang ditekankan.Lain anak lain cara penerimaan mereka, mungkin anak orang ni boleh dengan kaedah macam ni belum tentu sesuai dengan anak kita cuma kita jadikan guideline dalam memilih yang terbaik.


6. Masa tadika yang flexible

Kebanyakkan tadika memang waktu pembelajaran sekitar 8-12.30 tgh hari je biasanya.Tetapi ada juga tadika yang buka untuk fullday care.

Maksudnya kalau kita bekerja mudah kita hantar anak dan tak perlu ambil tengah hari untuk hantar transit di tempat lain.Full day care,  sesi sebelah petang anak anak akan makan mandi tidur di tadika. Yuran juga ada pertambahan lah untuk bayar daycare punya kos.

Tidak semua tadika ada sediakan daycare session kita boleh tanya.

Itu serba sedikit panduan dalam memilih tadika untuk anak anak anda diharap dapat membantu serba sedikit dalam proses pemilihan nanti.




You May Also Like

0 comments