5 Cafe Dalam Taman Yang Menarik Untuk Dikunjungi Ketika Bercuti Cameron Highlands.

by - Thursday, November 14, 2019


5 Cafe Dalam Taman Yang Menarik Untuk Dikunjungi Ketika Bercuti Ke Cameron Highlands | Makan sambil melihat pokok pokok strawberry dan bunga bunga bergantungan di atas kepala. Satu suasana yang segar dan unik dan jarang dapat ditemui di tempat lain melainkan anda bercuti ke Cameron Highlands.

Dengan suhu yang sejuk awal pagi di Cameron Highlands menjadikan susana makan sangat menarik dan lebih menyelerakan.

Antara Cafe Dalam Taman Yang Menarik Untuk Di Kunjungi Ketika Bercuti Ke Cameron Highlands daku suggestkan 5 cafe di bawah.

Ini antara tempat yang sempat kami singgah masa bercuti kat Cameron Higlands tempoh hari.Ada antara cafe yang tak makan pun just lalu je sebab jem ya ampun.

Sebenarnya ada banyak lagi cafe atau tempat makan best kat Cameron Highlands ni.Kena pandai pandai survey dan ikut pada budget masing-masing.Kalau bawa keluarga yang bajet agak besar untuk cafe ni.

# 1. 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)


200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)

Photo kredit:- google image
Inilah nasi lemak strawberry yang viral tu.
Photo kredit: http://collateralbelle.blogspot.com

Photo kredit: http://collateralbelle.blogspot.com
Kordial strawberry , sambal strawberry, jem strawberry keluaran Abang Strawberry.Boleh dibeli di 200 Seeds Cafe.


Cafe 200 Seeds Cafe (Abang Strawbery) ni terletak di Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands boleh waze je lokasi confirm jumpa. Yang buat cafe ni glamour sebab nasi lemak strawberry dihidang dengan dua jenis sambal.Sambal biasa dan juga sambal strawberry ikan masin.Rare kan! Sebab tu ramai nak cuba.

Sebenarnya ada 2-3 buah cafe lain di area Taman Sedia ni.Kalau taknak sesak dan tunggu lama lebih baik ke cafe lain untuk menikmati makanan korang.

Kitaorg haritu dah sampai sini kononnya nak try nasi lemak strawberry dia yang viral tu sekali mak ai punyalah ramai dan meja pun full.

Dengan jalan yang jem walaupun masa tu baru nak masuk pukul 8 pagi.So, kalau rasa nak try nasi lemak strawberry ni pergi lah weekdays dan kalau boleh keluar sebelum 7.30. Nampak tak kuasa viral semua serbu kedai ni je.Cafe yang lain tak berapa ramai sangat orang.

Kalau pergi pada hari Jumaat ok rasanya tak berapa nak jem sangat.Bukan apa bila terlalu ramai dengan meja yang tak berapa banyak daripada situasi nak tenang jadi kelam kabut.

Selain nasi lemak strawberry ada lagi menu lain yang disediakan jangan takut.Menu makanan barat start pukul 3petang.

Untuk sarapan ada juga roti bakar, kek n pastry, mee kari, nasi goreng, soto, lontong.

Dari segi harga pula memang agak tinggi sikit.Jadi kalau datang ramai ramai satu family kena standby lebih sikit ya..

#2. KHM Strawberries & Jam.


Image source: Facebook
Konsep cafe dalam taman.Bergantung pokok bunga siap basikal lama sekali.


Paling wajib singgah di KHM Strawberries & Jam kalau ke Cameron Highlands!Tak singgah rugi. Kenapa? Sebab semua makanan dan juga dessert dia sedap sangat.Ramai pengunjung yang review pasal scones dia yang sedap dan murah berbanding tempat lain di Cameron Highlands.

Masih ditempat yang sama Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands.Buka waze confirm tak sesat.Yang jadi masalah macam biasalah parkingnya dan jalan jem nya.

Tapi disebabkan tak pernah makan scones.Bila ramai yang bagi review sedap maka trylah order masa makan kat KHM Strawberries & Jam ni haritu.Walaupun sesak sikit.

Satu set scones 4biji RM17, dihidang bersama satu teko teh 2 cawan dan juga jem strawberry keluaran KHM Strawberries & Jam sendiri bersama krim putih.

Sedap rupanya scones ni.Jem strawberry tak manis sangat di tambah dengan krim putih memang memikat selera.

Walaupun kitaorg dah makan nasi lemak KHM bila scones sampai berebut nak try.Memang sedap scones KHM Strawberries & Jam ni lepastu murah dibandingkan tempat lain.


Signboard hadapan KHM Strawberries & Jam.


Image source: Facebook
Dalam gambar kat atas ni ada ice-cream strawberry yang sedap korang wajib cuba tau! Scones set with tea bila makan sejuk sejuk memang terangkat.

Ada juga strawberry dijual dalam box.Strawberry ni asli dari ladang KHM sendiri.Selain scones, kitorg order spageti bolognese.Erm.Berebut makan masing masing rasa nak tambah banyak kali.Spageti RM10.00 sepinggan.Ada juga order nasi lemak KHM.Nasi lemak dia sambal ikan bilis bukan sambal strawberry ye.RM3 sebungkus.

Kesimpulannya harga disini lebih berbaloi dan juga menu kalau ikutkan semua pengunjung review kata sangat sedap.Yes! Memang sedap sampai balik ni masih terasa kat tekak.Kalau datang ke Cameron Highlands korang wajib singgah sini.Jangan risau pemiliknya bumiputera.Kalau bercuti di Cameron Highlands lagi nanti kami pasti datang sini lagi.

Baca sini juga : KHM Strawberry & Jam Tempat Wajib Singgah : The Best Scone Di Cameron Highlands.

#3. Agro Highland Cafe, Sungai Bisek

Hari ketiga kami di Cameron Highlands terus menuju ke Agro Highland Cafe awal pagi. Cafe ini menghala ke jalan Tanah Rata - Habu- Ringlet.

Cafe dalam kebun strawberry, cactus, ros, mini zoo dan banyak lagi pokok lain.Konsep dalam taman yang cantik.

Berdekatan dengan Ladang Teh Cameron Valley Bharat Group Tea House 1. Pagi pagi kat sini dah try waffle with strawberry jem mix coklat. 



Kalau peminat waffle korang mesti takkan menyesal makan waffle kat sini, waffle dia garing dan tebal.Memang kenyang order satu je cukup.

Ada menu masakan barat, ada steamboat coklat,ada juga mix platter nasi goreng plus lamb chop.

Masa ni kitorang terjah pagi lagi jadi menu menu nasi goreng belum siap.Kalau korang nak merasa keenakkan nasi goreng lamb chop, dan beraneka lagi jenis makanan berasaskan nasi boleh ke Agro Highlands Cafe.

Di sini juga ada pusat jualan barangan tau.Macam tshirt, ada jual sayur, bunga bunga dalam asu, cactus pun ada, daku tak beli pun.Tengok tengok je tapi cactus murah juga ikut kata pengunjung lain yang singgah beli.

Bahagian luar juga ada deretan kedai kedai jual produk produk dari Cameron Highlands.Kalau nak petik strawberry kat sini pun boleh juga.


Bahagian hadapan Agro Highlands cafe.

Atas tempat makan ada pokok strawberry boleh naik dan petik.

Waffle strawbery ada macam macam jenis lagi waffle.

Image : Fcebook Agro Highlands Cafe.

 
Kambing sedang di bakar.

Bergantungan macam macam jenis pokok.

Lamb Chop


#4. Sinar Hijjaz Cafe

Terletak agak ke dalam sedikit dan berada di pasar Kea Farm.Nak masuk kena melalui pasar Kea Farm sampai jumpa signboard Kea Guest Garden masuk tempat parking dan terus naik ke atas.

Sinar Hijjaz Cafe

Sebelum masuk ke Sinar Hijjaz Cafe  akan ada bazaar jualan menjual produk produk keluaran Cameron Highlands juga.Tapi bazaar ini agak sunyi sebab di bahagian hadapan dah ada pasar Kea Farm.

Untuk anda yang tinggal di Kea Garden Guest House dah tak payah keluar cari makan diluar lagi.Makan je di sini.

Kami makan tengh hari di sini order nasi goreng biasa, nasi goreng ayam, mee kari untuk makn tengah hari.Harga sepinggan start RM12.00 ke atas.Rasanya sedap portion pun banyak.

Di sini juga ada steamboat yang buka sebelah petang.Dikatakan antara yang termurah di Cameron Highlands.Semua steambot ikut kepala macam daku yang ada anak kecil ni rugi sikit ajak makan steamboat, sebab tak makan apa pun diorg.

Sinar Hijjaz Cafe

Cafe ni sesuai kalau nak makan tengah hari lepas penat membeli belah di Kea Farm.Cafe Terletak di sebelah hujung Kea Garden Guest House. (Hotel dalam taman) ada view yang cantik sebelah Copthorne Hotel.

Sumber imej: Facebook
Antara menu di Sinar Hijjaz Cafe

Sumber imej: Fcebook
Di bahagian atas restoran pula ada kawasan mengambil gambar yang bewarna warni.Memang kesukaan anak anak.Lepas makan boleh terus capture memori indah.


Sumber imej: mrkumai.blogspot.com


Sumber imej : mrkumai.blogspot.com


#5. Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill

Lepas nasi lemak pink jangan lepaskan peluang menjamu selera makan nasi lemak hijau pula ye. Nasi lemak bersama serunding strawberry di Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill, Tanah Rata Cameron Hihglands.

Kalau korang perasan daripada jalan Simpang Pulai naik ke Cameron Highlands ada poster Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill gambar nasi lemak warna hijau dan juga serunding strawberry di gantung.

Sebenarnya TAC ni lebih glamour dengan steamboat nya maka daku tersalah info ingatkan sebelah pagi tak buka.Rugi plak naik ke Cameron Highlands tak dapat rasa makan di kedai yang menarik dan sedap ni.

Bahagian atas restoran ni bergantungan dengan payung warna warni serta bahagian tepinya bergantung pula pokok pokok apple, strawberry dan markisa dan ada juga anggur tak silap.Memang macam dalam taman buah gayanya.

Payung warna warni menambah seri Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill

Restoran Taman Apple Steamboat & Grill

Sumber imej: Facebook TAC
Nasi lemak hijau serunding strawberry
Sumber imej: Facebook TAC
Steamboat di sebelah malam TAC


Sumber imej :Facebook TAC
Pilihan steamboat malam hari di TAC

Sumber imej : Facebook TAC
Serunding Strawberry 

So, kalau nak makan tengah hari dan sarapan boleh datang ke Restoran Taman Apple ni sebelah pagi dibuka sehingga 4 petang.Selepas itu untuk steamboat pula dibuka start 6 petang bawa ke pukul 12.00 malam.



Sarapan pagi ada pelbagai menu seperti laksa johor, mee kari, nasi lemak biasa dan banyak lagi menu lain.Makan tengah hari ada nasi kambing bakar yang glamour juga serta pilihan makanan lain dengan harga berpatutan.Parking pun banyak.Tempat makan selesa dan agak luas berbanding di tempat lain.


Ini alamat Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.Restoran TAC ada buka cawangan kedua di TAC Makmur Cafe terletak di Taman Sedia, Tanah Rata.
Ok itulah 5 Cafe Dalam Taman Yang Menarik Untuk Dikunjungi Ketika Bercuti Ke Cameron Highlands ikut pada pengalaman daku masa bercuti ke Cameron Highlands tempoh hari.

Ada banyak lagi tempat makan bajet, restoran steamboat, restoran makan tengah hari lain di Cameron Higlands.Kalau ada masa nanti daku kongsikan juga di sini.Untuk rujukan yang lain lain juga.

Juga baca : Ladang Teh Boh Sungai Palas, Cameron Highlands dan Ladang Teh Cameron Valley Bharat Group, Cameron Highlands Apa Bezanya?

Thank you sudi membaca blog ini.😍

You May Also Like

0 comments