Resepi Cekodok Pisang Gebu dan Bulat , Perlu Ada Teknik Yang Betul Baru Jadi.

by - Thursday, October 24, 2019


Cekodok pisang lembut gebu

Resepi Cekodok Pisang Gebu dan Bulat, Perlu Tahu Teknik Yang Betul Baru Jadi | Selamat pagi, tengah hari dan petang eh selamat malam juga.Mana tahu tengah tengah malam korang masih skodeng lagi fb, blog dan sebagainya.

Actually kejadian cekodok pisang atau ada yang panggil jemput-jemput pisang lembut gebu ni baru je jadi pagi tadi, dah kering idea nak buat sarapan apa.Masa balik dari ambil progress report si kakak dina ternampak cik pisang tergantung dengan banyaknya.

Teruslah cakap kat anak anak apa kata kita buat jemput-jemput pisang lembut gebu (amboi panjang betul nama).Terus semua on sebab semua anak anak penggemar pisang. 

Tapi siapa yang diet keto, rasanya tak lepas pisang ni.Tinggi karbohidrat.Lagi failed kalau pakai tepung gandum.

Nanti nak try pakai tepung almond atau tepung kelapa ke.Just 'incase' kalau nak elak gandum. Erm, niat dihati memang nak kurangkan makan tepung putih, gula putih, roti puti ni tapi kengkadang terasa nak makan buat jugalah. Kadang kadang je bolehlah.

Untuk versi sis pagi ni tetap guna tepung gandum. Sekali sekala bolehlah, selalu tak boleh lah kan.Cuma 3 bahan sahaja diperlukan untuk merealisasikan cekodok pisang gebu dan bulat ni.




Bahan-bahan:-

1. Pisang 6 biji.
(pakai pisang lilin, berangan atau pisang yang kecik kecik jangan pergi beli pisang nangka, ke pisang tanduk tak sedap dan maybe tak jadi.) sis pakai pisang berangan

2. Tepung gandum dalam 1 1/2 cawan atau ikut kelembutan pisang.Jangan terlalu lembik atau terlalu keras.agak agak.
(boleh pakai tepung almond,tepung wheatmeal,tepung kelapa)

3. Soda bikarbonat 1 sudu kecil.

4. Garam dan gula ikut cukup rasa.


Cara membuatnya:-

1. Pisang dilenyek sehingga hancur.kalau ada sikit sikit tak hancur ok je.

2. Masukkan tepung dan juga soda bikarbonat.

3. Gaul sekata.Dah boleh panaskan minyak. 

P/s:- Boleh rasa dulu.kalau pisang tak manis boleh tambah sikit gula.ada yang letak secubit garam.

Tips menggoreng nak kasi bulat boleh ceduk pakai tangan dan jemputkan ke dalam kuali dan minyak yang betul betul panas. Kalau tak die macam tak menjadi.

Tepung dan pisang juga perlu seimbang.Jangan lebih tepung jangan pula lebihkan sangat pisang, nanti lembik bila dah sejuk.

Kalau taknak tangan kotor pakai dua sudu dan masukkan bahan dalam kuali.

4. Dah rasa ok semua boleh start goreng.

Selalunya kalau nak makan jemput-jemput pisang ni pergi beli dan terfikir macam mana lah dia buat leh jadi bulat bulat.Siap perhati macam mana dia buat.

Dan bila dah cuba sendiri akhirnya menjadi seronoklah.Banyak kali dah buat resepi cekodok pisang ni sebenarnya. Cara nya pun senang sangat. Yang jadi masalah pada yang baru mula nak cuba akan jadi lembik, atau keras batu sebab tambah air.

Selamat mencuba.



You May Also Like

0 comments