Rasai Keenakan Western Food Di LEEZO RESTAURANT KLUANG
Rasai Keenakan Western Food Di LEEZO RESTAURANT KLUANG | Cawangan ke 4 LEEZO kini dibuka di Kluang.Mula beroperasi Julai 2019 lalu.
So, kalau orang Kluang yang ada selera 'mat saleh' atau sesekali nak tukar selera boleh lah datang ke Leezo Restaurant Kluang ni.Terletak di Taman Kurnia bahagian corner lot.Alamat penuh kat bawah tu ada.Kalau nak buat tempahan untuk harijadi pun boleh.
Kitorang haritu cuti hujung minggu kebetulan lalu depan LEEZO RESTAURANT.Nampak macam menarik je, maka lepas habis cari barang sekolah kakak singgahlah makan di sini.
Tapi tak sempat nak ambil gambar semua dah kena sambar dulu.Kebetulan masa tu hujan jadi semua kelaparan.
Kami order chicken chop, burger chicken cheese dengan beef chop. Burger dia pakai roti hitam nampak cam ngeri nak makan tapi rasa dia wallah..sedap.Sos pedas lada hitam kena lah dengan daging ayam dibakar.
Chicken chop portion besar memang terlebih kenyang kalau budak kecik yang makan.Rasa pun not bad juga sedap.Sesekali bolehlah makan western.
Peminat tegar western food boleh datang sini mencuba.Ada banyak pilihan menu burger, pasta, grill chicken, lamb dan beef selain western ada juga pilihan masakan Melayu untuk dicuba.
Menu Leezo Restaurant Kluang:-
![]() |
Burger sihitam manis yang memikat selera -Leezo Restaurant Kluang. |
![]() |
Lamb chop dengan sos lada hitam menawan kalbu- Leezo Restaurant Kluang |
![]() |
Chicken chop dengan sos lada hitam menusuk jiwa- Leezo Restaurant Kluang |
![]() |
Leezo Restaurant Kluang |
![]() |
Menu masakan Melayu-Leezo Restaurant Kluang |
![]() |
Menu masakan Melayu-Leezo Restaurant Kluang |
![]() |
Leezo Restaurant Kluang
260, Jalan Kurnia Satu, Taman Kurnia, 86000 Kluang, Johor.
Any reservation :
+6018 777 0392 |
Cawangan Lain Restaurant Leezo :-
Selain di Kluang Leezo Restaurant ada juga buat konsep kontainer di Melaka dan Batu Pahat.Orang Melaka dan Batu Pahat bolehlah merasa western food ala LEEZO di sana. Boleh tengok maklumat di bawah:-
![]() |
Leezo Container Parit Raja
Kampung Parit Samijan, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Any reservation :
+6013 336 9040 |
![]() |
Leezo Restaurant Batu Pahat
6, Jalan Flora Utama 4, Taman Flora Utama,83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Any reservation :
+6019- 774 5532
|
![]() |
Leezo Container Melaka
Lot 450, Kg. Peringgit,Lebuh Raya AMJ,
75460 Peringgit,
Melaka.
Any reservation :
+6012 648 7295 |
Jalan jalan ke Kluang anda boleh juga baca ini

0 comments