Full Of Fun And Activities At Angry Birds Activity Park Johor Bahru.

Angry Birds Activities Park Johor Bahru | Biasanya weekend apa aktiviti korang dengan anak anak?Ada yang balik kampung, pergi berkelah dan banyak lagi aktiviti untuk rapatkan bonding dengan anak anak kan.
Kalau tinggal berdekatan dengan Johor Bahru apa kata korang ke Angry Bird Aktiviti Park.Terletak di Tingkat 3, di dalam bangunan Komtar Johor Bahru.
Sebarang pembelian tiket digalakkan beli secara online untuk potongan harga 20% ke 50% tengok pada promosi.
Macam kitorang pergi tempah kat klook sistem dalam 24 jam dia akan send email pengesahan dan tiket.Mudah dan pantas.Aplikasi klook antara yang paling mudah, paling ramai orang membeli dan banyak tempat ditawarkan.
Bahagian pintu masuk Angry Bird Park
Bahagian luar Angry Bird Park.
Kalau dah beli tiket online just tunjuk je dekat kaunter dan wajib beli stokin angry bird. RM6 sepasang. Tak dibenarkan pakai stokin sendiri.
Masuk je mata anak anak pasti jadi rambang. Semua benda rasa nak main.
Ada lebih daripada 10 aktiviti menarik membuatkan anak anak teruja dan gembira sepanjang hari.
Antara aktiviti dalam Angry Birds Park :
- Angry Birds Space
- Space Drop Air Bag
- Lazer Bird Scoot
- Panna Soccer
- Trampoline And Foam Space
- Captain Black Bird Ship
- Lazer Maze Space Ship
- Angry Birds GO! Kart Track
Trampolin area ni ada 3 jenis untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, kanak-kanak 5-12 tahun, dan untuk dewasa.
Gayut pastu terjun dalam bongkah yang lembut macam span.
Menyusun bongkah-bongkah gergasi.
![]() |
Sumber : Angry Birds Park |
![]() |
Sumber:Angry Birds Park |
Mascot Angry Bird yang asyik nak marah.Siapa usik dia kepak kepak sambil duduk tanda marah.
![]() |
Sumber: Angry Birds Park |
Go kart aktiviti mak ayah boleh join sekali.
![]() |
Sumber: Angry Birds Park |
Terjun atas beg udara.Yang ini untuk kanak kanak lebih 1.2m maksudnya remaja hingga orang dewasa je boleh naik.
![]() |
Sumber :Angry Birds Park |
Outdoor activities park.
![]() |
Sumber : Angry Birds Park |
![]() |
Sumber : Angry Birds Park |
Di atas ni bahagian luar kawasan utama angry bird, still boleh masuk dan anak anak boleh buat aktiviti panjat memanjat, merangkak, seimbangkan badan, menyelinap dicelah akar akar buatan,melongsor di atas slide.
Fuh sehari rasa tak puas.Mak diorg yang lebih excited.Mana tak nya puas hati tengok diorg keluarkan semua kegembiraan dan mengasah perkembangan motor kasar.
Dengan beraktiviti macam ni perkembangan sel otak anak anak juga makin pesat.Otak mengeluarkan sel sel baru.
Di Tingkat atas ada tempat macam lepak lepak.Disediakan meja kerusi sambil boleh meninjau keseluruhan kawasan aktiviti.
Ada juga kedai jual air , waffle dan makanan lain.Boleh lah berehat dalam ni je.
Kemudahan tempat solat beserta telekung solat yang bersih dan toilet juga sangat bersih.Selesa dan puas hati.
Ruangan menyalin lampin baby juga sentiasa di mop lantainya dan sangat bersih serta selesa.
Pada yang dah pernah datang mesti tak menyesal dan pasti nak datang lagi.Kami juga kalau ada rezeki pasti datang lagi.
Maklumat lanjut:-
Level 3, KOMTAR JBCC, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor.
info@angrybirdsactivitypark.my
info@angrybirdsactivitypark.my
07 - 221 0260 / 07 - 300 5090
3 comments
Alahai bestnya. Mesti anak lisa yang si fareeq tu suka. Ingat nak pergi juga angry bird ni cuma jauh nun ke selatan. InsyaAllah tengah planning.
ReplyDeleteBoleh set masa bercuti ke Johor pulak lepas ni..
DeleteThe King Casino Company - Ventureberg
ReplyDeleteIt was communitykhabar born in 1934. The ventureberg.com/ Company offers luxury 토토 사이트 모음 hotels, ford escape titanium If you don't have a poker room in your house, 1xbet 먹튀 then you'll find a poker room in the