7 Petua Cara Minum Air Dengan Betul | Rupa rupanya nak minum air pun ada petua tau. Bukan boleh main minum je.Jom semak 7 petua ini :-
1. Minum air yang hidup bukan air mati.
- Apa dia air hidup? Air yang penuh mineral dari tanah yang ada batu dan kristal, air beralkali, air yang paling bagus air dari pergunungan, air terjun yang bersih, air yang ada tenaga.
Air zam zam mempunyai alkali 7.8 dan berasal dari tanah jadi memang sangat baik untuk diminum. Air dari pergungungan Okinawa juga bermineral sangat tinggi dan bagus untuk kesihatan.
- Air mati pula macam mana? Air mati contoh macam air yang dah dimasak,air daripada proses Reverse Osmosis juga tak elok diminum.Air yang dah terdedah lama pada pancaran matahari macam air dalam botol kita letak dalam kereta terlalu lama.
2. Minum air campur garam.
- Macam mana pula tu? Sebelum minum kita ambil dua calit garam letak pada lidah then baru minum.Sebab garam ni banyak mineral.
-Tapi ingat tau! bukan garam biasa yang kita pakai hari hari tu.Kena pakai garam bukit macam garam himalaya ke, garam laut celtic, bamboo salt, kalau kat Sarawak boleh pakai garam bario.
- Pernah tak kita alami satu hari tu kita minum air dengan banyaknya lepas tu asyik keje nak ke toilet, apa yang kita minum tak sempat disimpan dan disalurkan ke dalam badan. So, kalau nak mineral semua diserap boleh cuba calitkan garam dulu. Dan cuba petua no 3 ni.
3. Minum 2@3 teguk dan perlahan lahan.
- Kalau haus sangat sekali pun pastikan minum 2@3 teguk dulu pastu berhenti dan sambung lagi.Tak boleh sekali teguk satu nafas habis satu botol.
4. Pastikan minum setengah jam sebelum makan atau setengah jam selepas makan.
- Kalau main minum sebelum makan nanti asid hidraulik dalam perut tu tak dapat nak hadam makanan kita, tu yang jadi perut buncitlah, sembelitlah.
5. Minum air suhu bilik.
- Ada orang suka minum air sejuk dari peti, ada suka minum air panas atau atau suam.Tapi paling baik minum pada suhu bilik supaya badan kita tak terkejut.
6. Berapa banyak nak minum?
- Kalau tak kuat exercise cukuplah 2.5 liter sehari tapi jangan kurang.
7. Minum cara duduk atau berdiri?
- Paling baik sebenarnya duduk bersila.Tapi kalau tak boleh duduk lah atas kerusi sebab masa duduk buah pinggang terletak elok.
- Jadi masa kita masukkan air buah pinggang bekerja dengan baik dan tak terbeban.
- Dan paling bagus bangun tidur mulut tak basuh lagi minum air putih dahulu.
Sumber : Dr Noordin Darus.
Semoga bermanfaat.Dan jangan lupa amalkan.Sekian.
2 comments
salam singgah sini, tips yang berguna jugak ni . yang nombor 2 tu tak pernah buat huu..
ReplyDeletewsalam.. tulah, selama ni main minum je janji air kosong.rupanya kena pilih yg bermineral..
Delete