Power walk mampu menolong mengurangkan tekanan sehari hari kita. Satu sesi dalam 30 minit membawa kita fokus dan lari jauh dari kesesakan.Sambil power walk sambil berzikir kan tenang dan dapat pahala.Masa kita power walk otak akan merembeskan hormon Endorphin. Hormon ini akan keluar bila kita exercise. Hormon ini akan menenangkan fikiran kita yang super busy. Dan badan akan rasa lebih segar.
2. Memudakan Otak.
Masa berjalan laju ni sel sel otak baru akan mula tumbuh.( Sumber Dr Rizal pakar bahagian otak). Walaupun orang dewasa pertumbuhan sel makin kurang kita boleh tingkatkan dengan buat aktiviti mudah seperti ini bagi menggalakkan pertumbuhan sel terutama dibahagian otak.Sel otak baru mampu elak kan kita dari penyakit nyanyuk dan sering lupa.
3. Tingkatkan kadar metabolisma dan membakar kalori.
4. Tidur lebih berkualiti (deep sleep).
Lapan jam diperlukan untuk seorang dewasa cukup tidur. Tidur yang cukup menaikkan kadar kesihatan. Ramai yang tak cukup tidur alami masalah seperti mood terganggu, emosi tak stabil jadi apa lagi setiap pagi sebelum pergi kerja buat dulu rutin power walk ni.
5. Jus kreatif akan keluar.
Otak tersekat sama ada nak cari jalan penyelasaian, nak cari idea, masalah buntu di tempat kerja, cari inspirasi tulis novel ke blog ke, maka dengan berjalan laju anda akan mengeluarkan jus kreatif tu dari otak. One Stanford University ada buat kajian tentang ini dan mendapati hasil dari herjalan laju menaikkan 60% kreatif output. Tak kisah sama ada dilakukan di dalam atau diluar rumah keputusan nya sama.
Terima kasih kerana membaca blog ini. Jangan lupa follow blog ini dan jemput datang lain kali tau..Jangan lupa klik share untuk manfaat bersama.
1 comments
Tertekannya
ReplyDelete