5 Destinasi Percutian Menarik Di Sabah Yang Wajib Dijejaki.
Permandangan Gunung Kinabalu
5 Destinasi Percutian Menarik Di Sabah Yang Wajib Di Jejaki | Kalau korang merancang bercuti ke Sabah, di sini boleh je nak drive sendiri dan sewa kereta siap siap.Kalau malas nak drive boleh tempah kereta yang siap ada tourist guide.
Perjalanan nak ke Kundasang dari Kota Kinabalu ambil masa dua jam.Kalau flight sampai lewat baik stay dulu kat Kota Kinabalu.
Masa kami pergi sekitar tahun 2010 stay kat Ranau. Dan antara tempat yang sempat kami jejaki masa first time bercuti ke Sabah :-
1. Hot Poring Sabah, Ranau.
Poring Hot Spring.
Poring Hot Spring
Poring Hot Spring
Poring Hot Spring
Tiket masuk ke Poring Hotspring RM3 dewasa dan RM1 untuk 18 tahun ke bawah.
Antara tarikan lain dalam Poring Hot Spring ni ada Taman Kupu-kupu, canopy walk, Taman Tropika, Sungai Mamut, Air Terjun Kipungkit.
Taman Kupu kupu
Canopy walk
Canopy walk
2. Sungai Moroli, Kampung Luanti
Salah satu tarikan pelancong bila ke Sabah.Boleh singgah di Sungai Moroli. Ia terletak dalam daerah Ranau. Yang menariknya kat sini adalah ikan kelah yang akan gigit gigit kaki.Macam fish spa.Bila bagi makanan nanti berkerumunlah ikan tu datang.
Masa pergi beberapa tahun dulu takde sekatan masa nak masuk tempat ni.Tapi bila kitorang satu family datang lagi sekitar tahun 2017 waktu nak masuk sini ada had.Tak boleh lama lama mungkin sebab terlalu sesak kalau ramai ramai masuk serentak.
3. Pekan Nabalu.
Pekan Nabalu, Kota Belud
Dalam perjalanan nak ke Kinabalu National Park sebelum Pekan Kundasang akan ada satu pekan yang jual sayur sayur segar, bunga dan buah serta kraftangan etnik etnik Sabah.
Ada juga jual souvenier macam t-shirt, keychain dan banyak lagi.
4. Kinabalu Park, Kaki Gunung Kinabalu, Kundasang.
5. Memorial War Park, Kundasang.
Memorial War Park
Tugu Peringatan Perang ini terletak di Kundasang.Ia dibina untuk memperingati askar British dan Australia yang terbunuh di Sandakan POW kem.Dan juga bagi memperingati pengorbanan dan penderitaan penduduk asal di Sabah.
Lepas dah seharian di Kundasang, esoknya kami jalan di Kota Kinabalu pula. Singgah di pasar Filipine dan makan di restoran seafood kat Tanjung Aru. Ada banyak pilihan makanan laut yang segar dan masih hidup.Just pilih nanti dia akan masakkan.
Ini antara sebahagian tempat menarik di Sabah ada banyak lagi tempat menarik boleh dikunjungi dan akan di kongsikan pada entry akan datang.
Terima kasih kerana membaca.Jemput follow blog ini.Boleh tekan butang share untuk manfaat yang lain.
0 comments