• Home
  • Info
    • Parenting
    • Self Enhancement
    • General
    • Santai
  • Travel
  • Health
  • Lifestyle
    • Mom Cooking
    • Tips
  • Busines
    • Ebook
    • Produk Review
  • Contact
  • Sitemap
  • Disclaimer
center>
 Subscribe  Add Me  Follow Me  Follow Me

Mee Rebus Johor

Resepi Mee Rebus Johor atau nama lain Mee Jawa Resepi istimewa dari Ibu Mertua | Assalamualaikum, salam sejahtera. Hari ni sis nak kongsi Resepi Mee Rebus Istimewa dari my MIL. Mee Rebus ni ada yang panggil Mee Jawa. Tak banyak beza rasanya cuma mee rebus ada kacang tanah dalam kuahnya untuk pekatkan kuah.


Letak sini resepi nanti lain kali kalau nak buat boleh rujuk kat blog sendiri. Sis punya MIL memang pernah berniaga mee Jawa dan memang pakar bab masak memasak.Banyak lah belajar memasak dengan dia dan ada resepi yang tak tahu tu rujuk je pada dia.

Bab memasak my MIL memang superb.Yelah orang pernah berniaga mesti jaga kualiti dan mesti ada cara tersendiri nak bagi makanan tu sedap.Masa bulan puasa lepas buat sekali dirumah dan cepat cepat salin bahan serta cara.

Selalu main tengok je.Kali ni terasa nak catit semua bahan, mana tahu akan datang terasa nak membuatnya.Mee jawa bahan agak banyak dan proses renyah.Kena betul betul rajin dan nak makan baru boleh buat.Tak macam mee kari bahan simple.Tapi apapun kena simpan jadikan rujukan.


Bahan-bahan :-
  • Mee kuning 2 kilo
  • Daging 1/2 kilo ( direbus dan hiris nipis ambil air rebusannya untuk dicampur dalam kuah)
  • Udang sikit nak bagi rasa manis katanya
  • Bawang besar 1 biji
  • Serai 2 batang diketuk
  • Keledek kuning dalam 1/2 kilo ( direbus dan diblend)
  • Rempah kari daging 5 sudu
  • Cili kisar dalam 2-3 sudu
  • Kacang tanah segenggam (digoreng tanpa minyak dan asibgkan kulit serta blend halus)
  • Bawang merah 7biji *
  • Bawang putih 4ulas *
  • Halia dalam 1 1/2 inci`*
  • Lengkuas 1/2 inci *
  • Udang kering segenggam*
  • Taucu dua sudu besar
  • Kicap dalam 3 sudu
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

****


Bahan-bahan sampingan:-

  • Tauhu dihiris nipis
  • Taugeh
  • Cili besar
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Sawi dicelur
  • Daging rebus tadi yang sudah dihiris nipis 

Bahan sampingan ini ikutlah mana yang ada kat rumah.


Cara membuatnya:

1. Tumbuk atau blender bahan bertanda * di atas.
2. Bawang besar dimmayang dan di tumis bersama serai yang diketuk.
3. Lepas bawang dah agak layu, Masukkan bahan yang sudah dikisar.
4. Lepas itu masukkan pula cili kisar dan tumis sampai garing.
5. Masukkan rempah kari. Kalau pekat masukkan air rebusan daging  sedikit.
5. Campurkan taucu dan kicap sedikit sahaja untuk warna sedikit gelap serta masukkan air rebusan daging dua cawan.
6. Selepas tu masukkan kacang tanah kacau sebati.
7. Bolehlah masukkan keledek yang sudah direbus dan diblend.
8. Masukkan air rebusan daging dan ikut banyak mana kuah kita nak, tunggu sedikit pekat dan boleh lah letak garam + gula sedikit.
Campakkan asam keping/asam gelugor sekeping.

Rasa kuah mee jawa memang ada sedikit manis sebab campuran keledek dan udang.Kalau taknak letak udang pun boleh juga.

Dah siap boleh dihidangkan dengan bahan bahan sampingan lain.Memang sedap.Kalau korang ada masa try lah buat ikut resepi ni.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
7 Sebab Kenapa Anda Harus Jual Produk Anda di Lazada. | Market place di Malaysia semakin hari semakin banyak.Kalau nak di senaraikan lebih dari 10 agaknya.Tapi pada anda yang mempunyai produk sendiri atau memasarkan produk orang lain sebagai agen anda tidak harus melupakan Lazada sebagai salah satu cabang marketing anda.

7 Sebab Kenapa Anda Harus Jual Produk Anda di Lazada akan diterangkan di sini agar membuka mata para peniaga tentang untungnya menjual barang di market place Lazada ini, kerana Lazada adalah market plaform terbesar di Asia Tenggara.

Seperti perkongsian dari saudara John Senin yang sudah memang otai dalam menjual produk di Lazada, Shopee, Lelong dan beberapa market place lain tetapi jualan terbesar beliau tetap datang daripada flatform Lazada.

Setiap minggu, jualan yang beliau perolehi dianggarkan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 seminggu. Dalam tempoh sebulan, beliau boleh dapat sekitar RM10,000 menerusi platform Lazada sahaja! 


Pentingnya Menjual Di Tempat Yang Betul!.

Dalam perniagaan konvensional kita selalu menekankan lokasi, lokasi, lokasi sebelum membuka apa apa perniagaan.Lokasi yang strategik, mudah parking, senang nak datang menyumbang faktor pada sesuatu perniagaan yang ingin dibuka.

Dunia teknologi juga begitu, traffic yang tinggi bererti ramai pengunjung yang lawat laman web tersebut dan memang untuk membeli barang.Kalau di Facebook orang layari facebook kebanyakkan untuk bersosial.Jarang mereka buka facebook untuk mencari barang kecuali kalau ada ternampak iklan iklan berbayar.

Jadi market place dengan traffic yang tinggi sangat penting menunjukkan pengunjung selesa melayari laman web ini untuk bershoping atau sekadar mencuci mata.

7 Sebab Kenapa Anda Harus Jual Produk Anda di Lazada.


  • Lazada Mempunyai Bilangan Pengunjung Yang Sangat Ramai!
    Seperti yang telah saya katakan tadi... bilangan pengunjung yang melawati Lazada sama ada menerusi website ataupun apps, adalah seramai 700,000 orang sehari! Ianya jauh lebih ramai dari bilangan pengunjung di KLCC mahupun mana-mana pasaraya terbesar di Malaysia.

  • Pasaran Luas, Seluruh Malaysia!
    Jika anda membuka kedai di sesuatu kawasan, maka, pelanggan anda adalah orang-orang di sekitar kawasan tersebut sahaja!  Tapi, apabila anda membuka "kedai maya" di Lazada.... potensi pasaran anda adalah dari seluruh Malaysia, orang-orang dari Kelantan, Perlis, Johor, Sabah & Sarawak pun boleh beli produk anda!

  • Jualan 24 Jam Tanpa Henti!
    Ya! apabila anda meletakkan barang anda di Lazada, orang boleh beli produk anda 24 jam... tiada lagi waktu terhad, waktu buka & tutup kedai! Pukul 2-3 pagi sewaktu anda sedang lena tidur pun, ada orang yang beli produk anda!

  • Kos Rendah! Jika anda membina website sendiri, anda peru bayar kos domain dan hosting setiap tahun. Tetapi, di Lazada, tiada sewa bulanan atau tahunan yang anda perlu bayar! Anda hanya dikenakan caj 2% sahaja bagi setiap jualan yang terhasil! Kalau tiada jualan.. maka tiada sebarang caj!

  • Sistem Yang Canggih!
    Sama ada dari segi sistem pengurusan produk, pengurusan tempahan mahupun sistem pembayaran, Lazada menyediakan sistem yang canggih yang memudahkan pembeli dan juga penjual! Anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan hal-hal teknikal berkaitan keselamatan sistem dan server apabila berniaga di Lazada!

  • Jimat Masa, Tak Perlu Layan Whatsapp!
    Ah ha! Ini juga salah satu kelebihan utama apabila anda menjual di Lazada. Tak perlu lagi buang masa nak  layan dan belai-belai prospek yang belum tentu lagi mahu membeli! Kalau mereka berminat, mereka akan terus klik butang order dan buat bayaran!

  • Promosi & Pemasaran Yang Hebat!
    Setiap bulan, Lazada akan mengadakan promosi dan pemasaran yang hebat dan secara besar-besaran! Mereka akan membuat iklan di media massa, internet malah Lazada juga pernah menganjurkan konsert untuk kempen 11.11 dan 12.12 mereka. Promosi sebegini telah banyak melonjakkan jualan peniaga-peniaga di Lazada!


Tapi Awas! Anda Juga Mungkin Boleh Rugi jika main cuba-cuba sendiri untuk menjual di Lazada, tetapi akhirnya mereka mengalami  kerugian!  Jika tidak faham cara sebenar berniaga di Lazada, tidak mahir tentang bagaimana proses penjualan dan penghantaran di Lazada dijalankan.


Seperti yang dialami saudara John Senin sendiri walaupun beliau sudah mengikuti kelas secara online di Lazada Universitiy dan mendapat sijil.

Namun teori tidak seindah praktikal… Selepas meletakkan barang saya di website Lazada, untuk hari pertama sahaja saya telah berjaya mendapat 5 order!  Dalam tempoh kurang semiggu, 5 barang tersebut telah selamat sampai kepada pelanggan, tetapi mengikut rekod Lazada saya belum lagi menghantar barang tersebut!

Akhirnya duit yang dibayar pelanggan dikembalikan kepada mereka, kiranya mereka dapat barang free dan saya kerugian hampir RM500 untuk tempoh sehari.


Itu cerita 5 tahun dahulu tetapi sekarang beliau berjaya memperolehi 5 angka sebulan menerusi platform Lazada sahaja. Ramai yang bertanya bagaimana beliau boleh jana 5 angka sebulan jadi beliau kongsikan dalam satu Ebook terbaru.

Bisnes Lazada




Di dalam ebook ini lengkap akan dikongsikan :-
  • Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada.
  • Cara Listing Produk Yang Tepat!
  • Cara Proses Order!
  • Cara Selesaikan Masalah Pelanggan!
  • Cara Promosi Produk Anda Di Lazada!
  • Cara Design Lazada Store Anda!
  • Cara Promosi Lazada Store Anda!
  • Cara Jual Produk Secara Dropship!
  • Sumber Borong Produk


Bukan itu sahaja anda juga akan dapat 2 buah
Ebook Bonus secara Percuma.Ebook tersebut adalah :-

EBOOK BONUS #1 - PANDUAN EXPRESS BERNIAGA DI LELONG

EBOOK BONUS #2 - EXPOSED! GAYA SANTAI URUS BISNES DI LAZADA!


Bukan itu sahaja anda juga tidak akan dibiarkan tanpa bantuan.Kerana apabila anda membeli Ebook Busines Lazada ini anda akan di invite dalam group support Facebook.

Di situ andai ada sebarang masalah boleh sahaja berhubung dengan pihak admin.Mulakan langkah dengan ilmu yang dikongsikan mereka yang pernah menjual di Lazada dan sudah pun ada strategi dalam menjual di Lazada.

Untuk membeli Ebook Business Lazada ini  klik link di bawah 👇👇



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Bandar Agacia Kampar, Perak : Salah Satu Port Menarik Untuk Penggemar Fotografi | Wow! Jangan tak tahu Malaysia pun bakal ada disneyland. Kampar salah satu tempat di negeri Perak yang dahulunya menjadi pusat pelombongan bijih timah.

Sekarang ini sudah membangun dengan pesat dan Bandar Agacia yang terletak beberapa kilometer dari bandar Kampar ini dibangunkan ala-ala bangunan ' The Trails Of Redmons' satu bandar di Washington, Amerika Syarikat.

Setiap satu bangunan nya di bina dengan rekabentuk berbeza. Korang yang minat bergambar jangan lepaskan peluang ke sini.Mengabadikan kenangan bersama kawan-kawan atau keluarga memang cantik.Macam kat 'oversea'.





Bandar Agacia Kampar, Perak

Bandar Agacia Kampar, Perak

Bandar Agacia Kampar, Perak

Bandar Agacia Kampar, Perak

Bandar Agacia Kampar, Perak.

Cantikkan? Kitorang pergi sini tahun lepas dan stay dekat The Trails Of Kampar. The Trails of Kampar ni kawasan tempat tinggal berpagar.

Rekabentuk pun sama macam ala ala Inggeris juga. Ada kemudahan kolam renang , gym dan gelanggang badminton. Berkonsepkan homestay.

The Trails Of Kampar
The Trails Of Kampar

The Trails Of Kampar

The Trails Of Kampar
The Trails of Kampar



The Trails of Kampar


Biasalah kalau anak anak dapat kolam memang berendam taknak keluar.The Trails of Kampar ni ada resident lain yang duduk sini juga.

Salah satu port menarik juga kalau nak bergambar.Bangunan rumah dibina rebentuk inggeris.Banyak di tanam pokok rhu sekelilingnya.Nampak macam sejuk.Tapi sebenarnya cuaca agak panas juga.

Refarm, Kampar Percutian Santai 

Tarikan lain kalau ke Kampar antaranya Refarm Leisure Farm Kampar. Di Refarm boleh lah melawat mini zoo yang ada merak, burung unta, arnab dan beberapa lagi haiwan di ladang.

Di dalam Refarm ini sendiri juga ada villa kalau nak stay di dalam Refarm. Ada juga kolam renang untuk seisi keluarga.

Refarm Kampar
Refarm Kampar

Refarm Kampar
Refarm Kampar
Time Tunnel di dalam Refarm yang membawa kita pada kisah kisah pelombongan bijih timah di Perak. Bagus untuk pembelajaran anak anak.

Time Tunnel, Refarm Kampar



Sekian perkingsian untuk hari ini, selamat bercuti. Kalau ke Perak jangan lupa singgah ke sini untuk ambil ambil gambar menarik.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Tips Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo Jimatkan Ruang Luggage Ketika Bercuti. | Happy weekend semua.Eh! Orang Johor weekend Jumaat Sabtu lah kan.Ada yang nak balik kampung atau pergi travel ke sempena cuti sambutan Deepavali Ahad nanti.

Biasanya kalau travel dengan family dan ada anak ramai mesti penggunaan luggage atau orang panggil "beg balik kampung" mesti jadi masalah.Masalah dari segi jumlah beg, susunan baju dalam beg dan juga berapa banyak baju perlu dibawa.

Macam daku berlima beranak ni yang rajin balik kampung dan travel memang kalau boleh nak bawak satu beg angkut semua.

Bukan apa bila bawa terlalu banyak beg nanti takde sapa nak angkut.Contohlah kalau kitorang nak kena naik flight lagilah pilihan beg kena betul.Takkan nak suruh anak bawak beg galas sorang satu.Oh! Memang susah.

Kalau bercuti di kawasan pulau pula, biasanya kita org akan gunakan beg galas yang besar je satu.Faham-fahamlah kalau ke pulau nak kena melangkah naik ferilah, naik botlah, kalau bawak beg tarik susah sikitlah dengan keadaan anak 3 orang kecil lagi ni.

Kalau travel atau balik kampung biasanya bawa luggage je.Senang nak handle sebab sampai je hotel atau kampung tak yah transfer baju biar je dalam beg dan senang nak pilih nanti.

Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo Jimatkan Ruang Luggage Ketika Bercuti.

Tahu tak kalau kita praktikkan Tips Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo ni memang Jimatkan Ruang Luggage Ketika Bercuti.

Bayangkan kalau dulu tak praktikkan cara susunan dan lipatan macam ni memang jumlah beg jadi banyak.Pakaian pun tak boleh nak bawa banyak.

Sekarang ni, bukan je pakaian tu cukup dengan jumlah hari kami travel lagi best lebih best ia lebih sistematik bila nak ambil baju.Tak lah berterabur satu beg.

Banyak ruang boleh letak baju, dan barang lain macam tuala, beg mandian.Tapi biasanya pampers dan beg mandian akan diletak dalam satu beg lain yang lebih kecil.


Susunan baju kena menegak.

Satukan baju dan seluar yang sepasang dan lipat kecil.

Tara! Luggage yang siap di isi dengan baju anak.Bahagian zip letak benda benda kecil dan bahagian sebelah lagi baju ibu ayah serta tuala.

Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo 

Satu luggage muat untuk 3 anak kecil dan ibu ayah sekali.

Ok! Siap sudah menyusun atur beg pakaian.Sudah boleh gerak balik kampung dah ni.

Untuk korang yang ada anak lebih dua orang boleh praktik cara ini. Cumanya kalau anak masih baby dan menyusu botol mungkin lebih bertambah begnya.

Mana nak angkut bakul yang dipenuhi bekas susu, botol susu, tarmus lagi.Beg pakaian je boleh disatukan lepas tu buat cara lipat dan susun cara Marie Kondo ni.Barang lain boleh letak satu bakul atau beg kecil.




Selamat bercuti dan bergembira bersama tersayang.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Cekodok pisang lembut gebu

Resepi Cekodok Pisang Gebu dan Bulat, Perlu Tahu Teknik Yang Betul Baru Jadi | Selamat pagi, tengah hari dan petang eh selamat malam juga.Mana tahu tengah tengah malam korang masih skodeng lagi fb, blog dan sebagainya.

Actually kejadian cekodok pisang atau ada yang panggil jemput-jemput pisang lembut gebu ni baru je jadi pagi tadi, dah kering idea nak buat sarapan apa.Masa balik dari ambil progress report si kakak dina ternampak cik pisang tergantung dengan banyaknya.

Teruslah cakap kat anak anak apa kata kita buat jemput-jemput pisang lembut gebu (amboi panjang betul nama).Terus semua on sebab semua anak anak penggemar pisang. 

Tapi siapa yang diet keto, rasanya tak lepas pisang ni.Tinggi karbohidrat.Lagi failed kalau pakai tepung gandum.

Nanti nak try pakai tepung almond atau tepung kelapa ke.Just 'incase' kalau nak elak gandum. Erm, niat dihati memang nak kurangkan makan tepung putih, gula putih, roti puti ni tapi kengkadang terasa nak makan buat jugalah. Kadang kadang je bolehlah.

Untuk versi sis pagi ni tetap guna tepung gandum. Sekali sekala bolehlah, selalu tak boleh lah kan.Cuma 3 bahan sahaja diperlukan untuk merealisasikan cekodok pisang gebu dan bulat ni.




Bahan-bahan:-

1. Pisang 6 biji.
(pakai pisang lilin, berangan atau pisang yang kecik kecik jangan pergi beli pisang nangka, ke pisang tanduk tak sedap dan maybe tak jadi.) sis pakai pisang berangan

2. Tepung gandum dalam 1 1/2 cawan atau ikut kelembutan pisang.Jangan terlalu lembik atau terlalu keras.agak agak.
(boleh pakai tepung almond,tepung wheatmeal,tepung kelapa)

3. Soda bikarbonat 1 sudu kecil.

4. Garam dan gula ikut cukup rasa.


Cara membuatnya:-

1. Pisang dilenyek sehingga hancur.kalau ada sikit sikit tak hancur ok je.

2. Masukkan tepung dan juga soda bikarbonat.

3. Gaul sekata.Dah boleh panaskan minyak. 

P/s:- Boleh rasa dulu.kalau pisang tak manis boleh tambah sikit gula.ada yang letak secubit garam.

Tips menggoreng nak kasi bulat boleh ceduk pakai tangan dan jemputkan ke dalam kuali dan minyak yang betul betul panas. Kalau tak die macam tak menjadi.

Tepung dan pisang juga perlu seimbang.Jangan lebih tepung jangan pula lebihkan sangat pisang, nanti lembik bila dah sejuk.

Kalau taknak tangan kotor pakai dua sudu dan masukkan bahan dalam kuali.

4. Dah rasa ok semua boleh start goreng.

Selalunya kalau nak makan jemput-jemput pisang ni pergi beli dan terfikir macam mana lah dia buat leh jadi bulat bulat.Siap perhati macam mana dia buat.

Dan bila dah cuba sendiri akhirnya menjadi seronoklah.Banyak kali dah buat resepi cekodok pisang ni sebenarnya. Cara nya pun senang sangat. Yang jadi masalah pada yang baru mula nak cuba akan jadi lembik, atau keras batu sebab tambah air.

Selamat mencuba.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Syok Mandi Air Panas di KSL HOTSPRING RESORT, Taman Daya Johor Bahru | Bila En Husband busy kerja, sampai ke weekend pun tak boleh nak balik maka kami anak beranak lah yang kena stay kat Johor Bahru.Dekat sikit dengan site dan boleh anak anak jumpa ayahnya.

Kluang dengan Johor Bahru taklah jauh mana tapi kalau kena ulang alik mau patah pinggang drive.Maka carilah tempat yang boleh kami stay sambil santai santai jumpalah KSL HOTSPRING RESORT ni.

Nak stay lebih dua malam maka kena cari bajet yang bersesuaian.Harga disini sangat affordable.Tak mahal dan tak lah terlalu murah.Harga yang berbaloi.

Lobby KSL HOTSPRING RESORT


Ksl Hotspring Resort 

Ksl Hotspring Resort ni baru je launch dalam bulan Julai 2018.Tempat baru mestilah cantik dan kemudahan pun lengkap.Hotel yang berbeza daripada KSL HOTEL RESORT JB.

Yang di KSL HOTEL RESORT JB tu ada theme park untuk anak anak  boleh baca yang ni 

Ksl Resort Hotel Johor Bahru dengan Taman Tema Yang 'Cool' Untuk Anak Anak

Apa yang best di KSL Hotspring Resort ni ada spa dan juga kolam mandi air panas.Kira yang lain sikit dari hotel biasa.Nak berendam dalam kolam biasa pun ada.Kolam kanak kanak dan dewasa di bahagian luar.

Ada juga karaoke dalam bilik sejam RM45 rasanya.Tak sempat nak nyanyi fully booked.(kalau kosong nyanyi ke??). Ada playground sebelah kolam.Penat mandi kolam boleh lepak playground.


Playground at KSL HOTSPRING RESORT

Untuk kolam mandi air panas mak mak je dibenarkan berendam. (13 Tahun ke atas).Maka apa lagi, duduk mandi air panas sambil relaxkan badan.Ada 3 jenis kolam air panas yang selesa dan luas.Kolam pertama suhu paling panas, kolam kedua suhu sederhana panas dan yang ketiga suam suam kuku.

Tapi tak tahu macam mana masa hari kedua stay kat sini ada seorang penjaga towel dan juga bilik mandi air panas ni terbaik hati bagi anak anak masuk.Maka ramai lah pengunjung menyelinap masuk dengan anak mereka.

Termasuklah daku juga.kah! Rezeki jangan ditolak.Lagipun kalau mandi kat luar sesak sangat.Bercampur pula dengan residence yangbdah tinggal kat situ.Tapi kalau korang datang sini tak dapat bawak anak jangan kecewa atau marah pula.

Pakcik yang jaga tu kena marah ngan management agaknya.Harap taklah sebab dia je yang baik hati.Yang lain muka ketat masam je.hihi.

Kolam air panas KSL HOTSPRING RESORT

Kolam air panas KSL HOTSPRING RESORT

Kolam air panas KSL HOTSPRING RESORT
Yang kat bawah ni pool biasa.Macam biasalah ada bahagian kanak kanak dan dewasa.Ni view dari cafe KSL RESORT SPRING.

Pilihan sarapan pagi di sini tak lah macam hotel 5 bintang, tapi pelbagai.Ada buah buahan,salad, goreng gorengan, sandwich, makanan berat tukar tiap hari dari nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, nasi putih lauk rendang.

Macam tulah pilihannya.Buffet dia untuk kanak kanak dalam RM18 tak salah.Kitorang tempah siap sarapan kat booking.com.


Outdoor swimming pool KSL HOTSPRING RESORT

Menjerit jerit budak kecik ni pijak batu kat playground.

Ayah pun jadi budak.Layan kakak naik jongkang jongkit tak leh gerak ni.

Kami bertiga.Tukang ambil gambar kakak dina.

Sempat lagi minta ayah beli aiskrim dari mesin kat lobby hotel.Nampak tak tilam dia? Tebal dan tinggi.Sekali anak tergolek memang boleh benjol.

Abg ishraf suka tengok permndangan dari tingkat 21. Ibu yang seram nak oi!Gayat.

Ops lagi satu pernah dengar tak kereta sewa SOCAR? Dibahagian hadapan parking KSL HOTSPRING RESORT ada disediakan kereta sewa ni.

Kalau korang ada urusan ke Johor Bahru dan kereta pula satu boleh lah sewa kereta ni.Sejam bermula rm8 je ikut jenis kereta.

Kat Kuala Lumpur banyak station ada.Kalau kat JB pun dah banyak tempat ada.Klik link ni untuk dapat FREE dua jam pertama.

Terima kasih kerana membaca.Kalau datang ke JB boleh try stay sini.Untuk yang anak ramai kena pilih bilik yang bersesuaian.Sebab bilik biasa yang kami ambil ni hanya ada satu katil king.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Baca 3 Surah Ini Menyamai Khatam Al-Quran Sehari Satu Kali.

Selamat sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda.

Dalam kesibukan tugas harian at least kita mulakan pagi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w junjungan besar nabi kita.

Hari ini buka group wasap dapat video zon kuliah.Rasa macam perlu untuk di sebarkan lagi manfaatnya.Hari ini manusia terkejar kejar masa, sampai tak sempat memegang Al-quran.

Jangan kata yang bekerja je sibuk, sis yang duduk rumah ni pun terkejar kejar nak ambil anak sekolah, hantar anak sekolah, memasak, basuh (guna mesinlah) pastu nak menyidai tu cukup main payah.

Macam dah tak cukup masa sedar sedar dah petang, sedar sedar dah masuk hujung tahun.Memang betul kata pepatah "masa mencemburui kita" ceh!

Tapi teringin nak spend masa khatamkan bacaan Al-quran setahun sekali pun takpe.Bila dengar video ni lega sikit hati.Dapat juga merasa pahala khatam al-quran satu hari sekali.

Melalui perkongsian video di bawah kita boleh amalkan membaca 3 surah yang pendek ni dimana ia menyamai kita khatam al quran sehari 1 kali.

Baca 3 Surah Ini Menyamai Khatam Al-Quran Sehari Satu Kali.

1. Surah Az-Zalzalah dibaca 2 kali sehari.

1. Surah Al-Ikhlas dibaca 3 kali sehari.

Maknanya :-
1. Katakanlah (ya Muhammad) : Dialah Allah yang Maha Esa.
2. Allah yang dituju (untuk meminta hajat)
3. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan
4. Dan tiada sesuatupun yang menyerupaiNya.

3. Surah Al-Kafirun dibaca 4 kali sehari.


So, boleh baca ke tiga tiga surah ni atau pun pilih mana satu kalau dah tak sempat sangat.Tapi seboleh bolehnya kita spend masa sikit, untuk bekalan pahala akhirat.Baca je tiga tiga surah ni.

Dalam kereta drive tu boleh baca.On the way ambil anak, tengah masak ke kan..Yang penting azam dan istiqomah.

Boleh je baca bila bila tak kisah pun nak baca pagi ke malam ke janji baca.Dan paling penting dan sesuatu yang Allah suka amalan itu sedikit tetapi ia istiqomah.


Jom tonton video penuh ini.

Beruntunglah kamu yang dapat lihat aku, dapat bersama aku dan kamu percaya, beriman dan rindu padaku, tapi lebih beruntung disebut sebanyak 7 kali mereka yang tidak langsung dapat melihatku, bersamaku tetapi percaya, beriman dan selalu rindu padaku.

Allahu akbar. Semoga perkongsian ini menjadi ladang pahala.Jom kita sama sama amalkan.




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Writter

Fulltime Blogger | Housewife | 
Work on Busines Online 
 For Collabration, Review, Advertorial, 
Event, Sponsor and others. 
Please contact me :
Rohana Abd Jalil (hana hanis)
hanahanis0304@gmail.com 

Total Pageviews

JEMPUT FOLLOW

Sis Hanna

HUBUNGI HANA HANIS:

Name

Email *

Message *

Popular Posts

  • Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style
  • Zetter Suite Cameron Highland : Dekorasi Mewah Victorian-Theme Style Menambah Seri Percutian Di Tanah Tinggi Ini.
  • Resepi Mee Rebus Johor atau nama lain Mee Jawa | Resepi istimewa dari Ibu Mertua

CORETAN HANA HANIS

  • ►  2021 (8)
    • ►  July 2021 (7)
    • ►  June 2021 (1)
  • ►  2020 (7)
    • ►  January 2020 (7)
  • ▼  2019 (28)
    • ►  December 2019 (1)
    • ►  November 2019 (9)
    • ▼  October 2019 (18)
      • Resepi Mee Rebus Johor atau nama lain Mee Jawa | R...
      • 7 Sebab Kenapa Anda Harus Jual Produk Anda di Lazada.
      • Bandar Agacia, Kampar Perak : Salah Satu Port Mena...
      • Tips Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo Jimatka...
      • Resepi Cekodok Pisang Gebu dan Bulat , Perlu Ada T...
      • Syok Mandi Air Panas di KSL HOTSPRING RESORT, Tam...
      • Baca 3 Surah Ini Menyamai Khatam Al-Quran Sehari S...
      • Rasai Keenakan Western Food Di LEEZO RESTAURANT KL...
      • Ingin Jadikan Tahun 2020 Tahun Terbaik dan Terinda...
      • Terapi Nak Bagi Happy Dan Senyum Selalu
      • Pengalaman Ke Sanrio Hello Kitty Town Yang Pertama...
      • Lakukan 5 Cara Ini Untuk Ubat Hati Yang Stres, Gel...
      • 5 Destinasi Percutian Menarik Di Sabah Yang Wajib ...
      • Abadikan Kenangan Bersama Yang Tersayang .Ianya PE...
      • Rahsia Nenek Usia Nak Masuk 90 Tahun Masih Tak Nya...
      • 5 Kelebihan Berjalan Kaki (Power Walk) Yang Ramai ...
      • Cara Mudah Nak Scan Dokumen, Gambar, Buku Dan Lain...
      • Teknik Pernafasan Untuk Legakan Stress.

KATEGORI PILIHAN

  • Aktiviti anak
  • Cameron Highlands
  • Cuti cuti
  • Ebook
  • Family Trip
  • Health
  • Info
  • Johor Bahru
  • KHM Strawberry & Jem
  • KHM Strwaberry & Jam
  • Lifestyle
  • Makan makan
  • Masak masak
  • Muzium 3D
  • Parenting
  • Pasar Malam Cameron Highlands
  • Pulau Tioman
  • Resepi
  • Santai
  • Santapan Rohani
  • Self Enhancement
  • Taman Lavender
  • Tips
  • Travel
  • Zetter Suite Hotel Apartment

FOLLOWER

Search This Blog

EBOOK

Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose